SPRM tahan dua lelaki dalam siasatan bekalan mangsa banjir Selangor

SPRM tahan dua lelaki dalam siasatan bekalan mangsa banjir Selangor

SPRM tahan dua lelaki dalam siasatan bekalan mangsa banjir Selangor

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki kerana disyaki terbabit dalam pembekalan barangan keperluan mangsa banjir yang membabitkan nilai projek berjumlah kira-kira RM900,000.

Kedua-duanya yang berusia 30an ditahan kira-kira jam 2.30 petang tadi di pejabat SPRM Selangor ketika diminta hadir untuk memberi keterangan.



Difahamkan, suspek pertama ialah bekas pengurus operasi sebuah yayasan dan didakwa menyalahgunakan jawatannya untuk mengesyorkan syarikat milik suspek kedua yang mempunyai hubungan persaudaraan dengannya.

Ia adalah bagi membekalkan barangan keperluan mangsa banjir pada tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Katanya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada jam 9 pagi, esok untuk tujuan permohonan reman.



SPRM tahan dua lelaki dalam siasatan bekalan mangsa banjir Selangor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button