Pengunjung lapangan terbang China diacu mesingan petugas Covid-19

Pengunjung lapangan terbang China diacu mesingan petugas Covid-19

Pengunjung lapangan terbang China diacu mesingan petugas Covid-19

YUNNAN: China menjadi antara negara yang masih melaksanakan peraturan ketat dalam membendung Covid-19 berikutan polisi sifar koronavirus yang dilancarkan oleh negara itu.

Namun, polisi tersebut menyebabkan rakyat China semakin tidak ‘tidak tahan’, malah sering mengkritik kerajaan.



Baru-baru ini, sejumlah pengunjung di sebuah lapangan terbang di Yunnan ‘dikurung’ di terminal dan dikawal oleh pengawal yang memakai pakaian perlindungan diri (PPE) serta membawa mesingan.

Insiden itu berlaku selepas lapangan terbang itu dikenakan perintah berkurung susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Pengunjung dan pelancong yang terlibat kelihatan marah dan tidak berpuas hati dengan situasi tersebut, malah mereka turut menjerit kepada pasukan keselamatan ‘adakah anda mahu bunuh kami?’.

Perintah berkurung itu dilaksanakan selepas pihak berkuasa kesihatan Yunnan mengesan sebanyak 61 kes jangkitan Covid-19 baharu di wilayah berkenaan pada awal minggu ini.



Seorang pengembara yang enggan dikenali memberitahu, dia menghabiskan duit sebanyak 8,000 RMB (RM5,218) untuk membeli tiket penerbangan sebelum dibatalkan kerana perintah berkurung ini.

“Saya tidak sangka perkara ini akan berlaku kepada saya dan semua pengunjung di lapangan terbang ini. Sampai bila mahu begini?

“Kami dilayan seperti penjenayah dan diacukan senjata api, adakah ini patut berlaku?” Soalnya.

Selain itu, lapangan terbang di Urumqi uga dikenakan tindakan yang sama, menyaksikan 95 hingga 97 peratus penerbangan dibatalkan sehingga kelmarin.



Perkhidmatan bas dan kereta api juga dihentikan sementara sehingga notis dikeluarkan.

Langkah tersebut diambil selepas pihak berkuasa China mengesan 38 kes jangkitan baharu tanpa gejala di wilayah terbabit.

Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15



Pengunjung lapangan terbang China diacu mesingan petugas Covid-19

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button