NIMP 2030 mampu jadikan Malaysia negara peneraju industri berteknologi tinggi – Ahmad Zahid

NIMP 2030 mampu jadikan Malaysia negara peneraju industri berteknologi tinggi – Ahmad Zahid

NIMP 2030 mampu jadikan Malaysia negara peneraju industri berteknologi tinggi - Ahmad Zahid
ANWAR (tengah) Ahmad Zahid (kiri) dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melancarkan NIMP 2030. FOTO Asyraf Hamzah

Kuala Lumpur: Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) berupaya menjadikan Malaysia sebagai negara peneraju dalam sektor industri berteknologi tinggi menerusi matlamat serta empat misi jelas yang digariskan pelan itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelan itu juga mampu melonjak bidang transformasi digital yang akan memberi ruang kepada ratusan ribu anak muda dalam bidang pekerjaan baharu.

“Bagi saya NIMP ini adalah sebuah kerangka dasar yang komprehensif merangkumi misi, keutamaan dan pelan tindakan dalam mentransformasi sektor perkilangan di Malaysia.



“Justeru, keyakinan yang sederap di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan perlu diletakkan terhadap NIMP kerana ia akan menjadikan Malaysia sebagai negara industri berteknologi tinggi dengan transformasi digital,” katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri majlis pelancaran NIMP 2030 yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Perdana, Menara MITI, di sini.


Ahmad Zahid berkata, harapannya adalah senada dengan Perdana Menteri iaitu untuk mengembalikan dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan unggul, sekali gus meningkatkan keupayaan negara di peringkat antarabangsa.

NIMP 2030, komponen utama rangka kerja Ekonomi MADANI, disusun untuk memacu Malaysia sebagai peneraju global dalam pembangunan perindustrian, memperluaskan hubungan domestik untuk mewujudkan kekayaan di seluruh negara serta mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian nilai global.

Pelan induk itu menggunakan pendekatan berasaskan empat misi untuk memacu transformasi industri pada skala besar iaitu untuk memajukan ekonomi, membina negara berdaya maju dalam teknologi, mendorong ke arah mengurangkan pelepasan karbon dan membina ekonomi berdaya tahan.

NIMP 2030 mampu jadikan Malaysia negara peneraju industri berteknologi tinggi – Ahmad Zahid

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button