NIMP 2030: Nilai tokokan pembuatan dijangka berkembang 6.5 peratus

NIMP 2030: Nilai tokokan pembuatan dijangka berkembang 6.5 peratus

NIMP 2030: Nilai tokokan pembuatan dijangka berkembang 6.5 peratus
SYUHAIDA Ariffin menunjukkan buku NIMP 2030 yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara MITI. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menyasar untuk meningkatkan nilai tokokan pembuatan sebanyak 6.5 peratus kepada RM587.5 bilion menjelang 2030, hasil daripada intervensi pelan induk tersebut bagi sektor berimpak tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor berimpak tinggi tersebut termasuklah elektrik dan elektronik (E&E), kimia, kenderaan elektrik, aeroangkasa dan farmaseutikal.

“Dari segi pekerjaan, pertumbuhan 2.3 peratus dari 2023 diunjurkan. Ini susulan daripada penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi ketika negara bergerak ke arah aktiviti tokokan nilai tinggi dan peningkatan dalam automasi dan kemajuan teknologi,” katanya dalam ucapan beliau pada majlis pelancaran NIMP 2030, di sini, hari ini.



Anwar juga berkata, kerajaan yakin strategi dalam NIMP 2030 akan membuahkan hasil yang bermakna dan memberi impak besar kepada ekonomi negara.

Beliau berkata, fokus kedua-dua Ekonomi Madani dan NIMP 2030 diselaraskan untuk menambah baik kehidupan rakyat dengan jangkaan pulangan tinggi daripada sasaran ekonomi negara dan ini termasuk pekerjaan dengan gaji yang baik dan perkongsian kekayaan untuk membina masyarakat yang lebih saksama dan sejahtera.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark




Perdana Menteri berkata, penciptaan peluang pekerjaan bernilai tinggi yang penting untuk meningkatkan dan mengembangkan masyarakat kelas pertengahan dan transformasi kemahiran, yang ditetapkan sebagai fokus strategi perindustrian, adalah kunci untuk membangunkan kecekapan masa depan.

“Untuk memenuhi permintaan industri, kita akan melaksanakan sistem gaji progresif yang menggalakkan pembangunan kemahiran dan kemajuan kerjaya.

“Kerjasama awam-swasta akan dipertingkatkan dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta program STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik), bagi memastikan pemerolehan kemahiran yang diperlukan oleh industri,” katanya.

NIMP 2030: Nilai tokokan pembuatan dijangka berkembang 6.5 peratus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading