Nahas 2 maut terbakar: Pemandu lori Isuzu direman 4 hari

Nahas 2 maut terbakar: Pemandu lori Isuzu direman 4 hari

Nahas 2 maut terbakar: Pemandu lori Isuzu direman 4 hari
Anggota bomba memadamkan api yang menjilat kenderaan dalam kemalangan maut di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, malam kelmarin. – Foto ihsan bomba

KULAI: Pemandu lori jenis Isuzu yang terbabit nahas lima kenderaan sehingga menyebabkan dua maut terbakar di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Sedenak, di sini, malam kelmarin, direman selama empat hari hingga Khamis ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata lelaki tempatan berusia 38 tahun itu direman bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau berkata, identiti mangsa kedua yang maut terbakar dalam kemalangan berkenaan belum dapat disahkan, setakat ini.



“Kita sedang dalam proses mengenal pasti identiti mayat kedua,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kemalangan ngeri itu membabitkan dua lori serta tiga kereta yang menyebabkan tiga kenderaan terbakar hingga 90 peratus, manakala dua maut di lokasi kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Salah seorang mangsa terkorban ialah penumpang Proton Wira dikenali sebagai Nur Nazihah Kamalul Arifin, 28.

Semalam, Beng Yeow dalam satu kenyataan media memaklumkan, kejadian dipercayai berpunca daripada lori pertama yang menukar lorong dari kanan ke kiri ketika jalan sesak.



Suami Nazihah, Redzuan Jamil, 28, pula mendakwa terdapat impak rempuhan dari arah belakang sebelum beliau keluar dan mendapati sebuah lori melanggar tiga kenderaan, termasuk kereta dipandunya yang berada di tengah.

Suami isteri maut nahas manakala lima cedera

Nahas 2 maut terbakar: Pemandu lori Isuzu direman 4 hari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading