Sime Darby catat untung bersih RM1.46 bilion

Sime Darby catat untung bersih RM1.46 bilion

Sime Darby catat untung bersih RM1.46 bilion
Datuk Jeffri Salim Davidson

PETALING JAYA: Sime Darby Berhad mencatatkan pertumbuhan untung bersih sebanyak 32.2 peratus kepada RM1.46 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 berbanding RM1.1 bilion yang dilaporkan dalam tahun kewangan sebelumnya.

Peningkatan untung bersih tersebut didorong keputusan yang lebih baik daripada operasi Australasia bahagian perindustrian, prestasi kukuh daripada perniagaan automotif di Malaysia dan keuntungan daripada pelupusan hartanah di Hong Kong.

Bagi tempoh sama, kumpulan melaporkan hasil berjumlah RM48.3 bilion, peningkatan sebanyak 13.6 peratus daripada 2022.



Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, prestasi kukuh yang dipamerkan membuktikan ketahanan Sime Darby berlandaskan strategi yang syarikat laksanakan dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

Katanya, walaupun menghadapi kesukaran di China, pasaran kumpulan yang lain mencatatkan prestasi yang menggalakkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?




“Kami bertekad untuk terus membangunkan bahagian perindustrian kami di Australia. Dengan pemerolehan Onsite Rental Group, yang merupakan peneraju dalam pasaran sewa peralatan perlombongan dan pembinaan, kami bakal memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam sektor sumber, infrastruktur dan tenaga di Australia.

“Sementara itu, pengumuman kami baru-baru in untuk mengambil alih Cavpower Group, pengedar Caterpillar di Australia Selatan, membuka peluang yang jarang diperoleh untuk meluaskan kedudukan kami dalam sektor perindustrian di Australia,” katanya dalam kenyataan.

Bagi suku keempat berakhir 30 Jun 2023, untung bersih kumpulan melonjak sebanyak 124 peratus kepada RM622 juta.

Hasil bagi suku tahunan tersebut pula meningkat sebanyak 22.4 peratus kepada RM13.3 bilion, berbanding RM10.9 bilion pada suku sama tahun sebelumnya.



Untung sebelum faedah dan cukai (PBIT) kumpulan untuk bahagian perindustrian pada suku tersebut meningkat 33.9 peratus kepada RM375 juta, dipacu terutamanya oleh hasil alat ganti lebih tingg.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?



Bagi bahagian automotif, PBIT meningkat sebanyak 104 peratus kepada RM555 juta pada Suku sama, sebahagian besarnya disebabkan keuntungan atas pelupusan hartanah dan prestasi automotif yang kukuh di Malaysia.



Sime Darby mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 10 sen sesaham bagi suku keempat, menjadikan pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2023 berjumlah 13 sen sesaham atau RM886 juta, dengan pengagihan untung bersih sebanyak 61 peratus. – UTUSAN

Sime Darby catat untung bersih RM1.46 bilion


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading