Lima ditahan terbabit aktiviti pelaburan, judi dalam talian

Lima ditahan terbabit aktiviti pelaburan, judi dalam talian

Lima ditahan terbabit aktiviti pelaburan, judi dalam talian

GEORGETOWN: Lima lelaki termasuk seorang warga asing ditahan menerusi tiga serbuan berasingan di Bayan Lepas dan Jelutong di sini, semalam, kerana disyaki menjalankan kegiatan pelaburan dan aktiviti perjudian secara dalam talian.

Mereka ditahan dalam serbuan yang dijalankan pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dan IPD Barat Daya.



Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata ketika serbuan pertama di sebuah rumah di Persiaran Pantai Jerjak, di sini, pada jam 7.30 malam, polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga asing berusia antara 30 hingga 41 tahun.

Katanya, pemeriksaan mendapati ada unsur perjudian dalam talian yang menggunakan pautan ‘bwc88nep.com’ dan ‘merc.adminbwc88ags.com’.

“Serbuan kedua dilakukan terhadap sebuah rumah di Jelutong pada jam 10.35 malam hari sama pula berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Parti Islam PAS sanjung Kluster Mahkamah.




“Serbuan ketiga terhadap premis di kawasan Jelutong mendapati pejabat itu dijadikan sebagai pusat panggilan bagi operasi cipta iklan (graphic designing), pengedaran iklan (dalam media sosial Facebook) serta penyediaan platform perjudian ke negara Nepal, Singapura dan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kamarul Rizal berkata, pemeriksaan premis itu turut menemukan satu set ‘mining machine crypto’ serta terdapat gangguan pada meter Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, sindiket berkenaan dipercayai beroperasi sejak September 2021 sehingga kini dan menjalankan aktiviti judi dalam talian dengan menyasarkan pelanggan dari negara Nepal.



“Mereka dipercayai menukar lokasi dalam tempoh sebulan hingga enam bulan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau dan direman empat hari sehingga 22 Julai,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Lima ditahan terbabit aktiviti pelaburan, judi dalam talian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button