Angka kematian akibat gelombang haba di Korea Selatan terus meningkat

Angka kematian akibat gelombang haba di Korea Selatan terus meningkat

Angka kematian akibat gelombang haba di Korea Selatan terus meningkat
Foto hiasan AFP

Seoul: Angka kematian akibat gelombang haba di Korea Selatan meningkat kepada 23, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan pihak berkuasa bomba pada Rabu.

Dua kematian terbaharu akibat strok haba dilaporkan pada Selasa, menjadikan angka kematian meningkat kepada 23, lebih tiga kali ganda berbanding tujuh kematian yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Kebanyakan yang meninggal dunia terdiri petani warga emas yang bekerja dalam cuaca panas terik.



Gelombang haba paling teruk melanda tenggara wilayah Gyeongsang Utara, dengan angka kematian akibat strok haba mencecah 10 orang.

Korea Selatan baru-baru ini bergelut dengan gelombang haba yang teruk apabila suhu tertinggi siang hari kekal sekitar 35 darjah Celsius di kebanyakan tempat di negara itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Presiden UMNO Di Serang Lagi, Ketua Sayap Buat Tak Reti!!!



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button