Ahli Parlimen Bentong lapor polis jadi mangsa gangguan seksual

Ahli Parlimen Bentong lapor polis jadi mangsa gangguan seksual

Ahli Parlimen Bentong lapor polis jadi mangsa gangguan seksual
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

KUANTAN: Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, semalam berkaitan kes penipuan dan gangguan seksual oleh seorang pempengaruh media sosial terhadapnya.

Young Syefura berkata, laporan pertama yang dibuat menerusi pegawai khasnya membabitkan kes penipuan bahawa terdapat individu menghantar mesej melalui aplikasi Instagram mengaku sebagai wakil beliau untuk penganjuran program menjana pendapatan.

Beliau berkata, laporan kedua pula adalah terhadap pempengaruh yang mengeluarkan kenyataan seksis dan berunsur lucah yang dianggapnya sebagai gangguan seksual dalam satu video yang dimuat naik ke akaun TikTok dan Instagram.



“Video itu kemudian tular dan telah dikongsi oleh banyak pihak lain. Dalam video yang dimuat naik oleh pempengaruh tersebut, beliau telah menyebut beberapa perkataan lucah berserta lenggok bahasa badan beliau yang telah menyebabkan saya tidak selesa.

“Saya terbuka jika ada yang mempertikaikan pandangan dan ideologi politik saya. Setiap daripada kita berhak mempunyai pandangan masing-masing, namun apa yang telah dilakukan oleh pempengaruh ini ialah satu serangan peribadi dan menjejaskan reputasi dan kehormatan saya sebagai seorang wanita serta Ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan




Beliau berkata, tujuannya membuat laporan berkenaan adalah untuk memberikan pengajaran kepada semua pelaku jenayah gangguan seksual selain ia juga bagi menggalakkan mangsa jenayah gangguan seksual lain untuk berani tampil ke hadapan, tidak kira lelaki atau wanita.

“Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan ke atas kedua-dua kes ini dan saya berharap tindakan tegas akan diambil terhadap semua penjenayah kes scammer dan gangguan seksual di dalam negara ini,” katanya.- BERNAMA

Ahli Parlimen Bentong lapor polis jadi mangsa gangguan seksual


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Fatwa derma afdal, PAS wajib jelaskan siapa Ulama’ tersebut



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button