Jumat tak pulang…

Jumat tak pulang…

Jumat tak pulang...
Anggota pasukan keselamatan dan agensi penyelamat mengatur gerakan mencari Jumat Abdul Rahim. – Foto ihsan bomba

LAHAD DATU: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar memancing bersendirian di perairan Tanjung Labian, di sini semalam.

Jumat Abdul Rahim, 32, dikatakan keluar jam 5 petang semalam dan disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah sebelum keluarganya menghubungi pihak berkuasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, memaklumkan pihaknya dimaklumkan mengenai kes itu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang turut memohon bantuan.



“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dihantar ke lokasi kejadian jam 10.16 pagi.

“Setiba di lokasi, pasukan bomba membuka Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bersama agensi lain, iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin (PPM).

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan, namun mangsa masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

“Operasi SAR disambung pagi esok kerana cuaca kurang baik dan laut bergelora. Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.



Jumat tak pulang…


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button