Lelaki parah ditikam di Georgetown disyaki angkara hutang

Lelaki parah ditikam di Georgetown disyaki angkara hutang

Lelaki parah ditikam di Georgetown disyaki angkara hutang
Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian pergaduhan yang menyaksikan seorang parah ditikam di sebuah pasar awam di Lebuh Cecil, Georgetown petang tadi. – Foto NSTP/Mikail Ong

GEORGETOWN: Seorang lelaki parah selepas dipercayai ditikam dengan senjata tajam oleh seorang peniaga nasi ayam dalam pergaduhan di pasar awam Lebuh Cecil di sini, petang tadi.

Mangsa berusia 26 tahun yang cedera di muka, kaki dan perut itu kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut. Dia kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 3 petang.



Katanya, sebaik tiba di lokasi, mangsa yang juga warga tempatan didapati cedera dan berlumuran darah akibat ditikam dengan senjata tajam.

“Suspek berusia 51 tahun berjaya ditahan pada jam 6.30 petang di kawasan Lebuh Macullum.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan masalah berkaitan hutang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, petang tadi.

Soffian berkata pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah manakala ujian saringan air kencing didapati negatif daripada bahan terlarang itu.



Katanya, permohonan reman akan dibuat ke atas suspek bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah menggunakan senjata.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 04-2181831 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Lelaki parah ditikam di Georgetown disyaki angkara hutang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kehadiran Roger Ng dan Jasmin Loo mampu ‘upset’ kan skrip konspirator kes 1mdb.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button