Bekas kontraktor didakwa kemuka dokumen palsu

Bekas kontraktor didakwa kemuka dokumen palsu

Bekas kontraktor didakwa kemuka dokumen palsu
Bekas kontraktor didakwa kemuka dokumen palsu

KUALA LUMPUR: Seorang bekas kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan mengemukakan pesanan penghantaran dan invois mengandungi pernyataan palsu berhubung pembekalan mesin pemerah susu dan lembu yang keseluruhan bernilai RM3.7 juta.

A. Dominic Antoni, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap ketujuh-tujuh pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dominic didakwa atas dua pertuduhan mengemukakan dua pesanan penghantaran mengandungi pernyataan palsu kepada Penolong Pegawai Veterinar membabitkan pembekalan bekas pemerah susu dan mesin penyejuk susu lembu yang kesemuanya berjumlah RM1.55 juta yang sebenarnya tidak pernah dibekalkan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Wisma Tani, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, di antara 5 Januari dan 25 Mac 2016.



Tertuduh juga didakwa terhadap empat pertuduhan mengemukakan pesanan penghantaran dan invois mengandungi pernyataan palsu berhubung pembekalan 441 ekor lembu yang mana 171 lembu bernilai RM1.96 juta tidak pernah dibekalkan, di tempat yang sama di antara 16 April 2015 dan 5 September 2017.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS


Bagi tuduhan ketujuh, dia didakwa mengemukakan pesanan penghantaran yang mengandungi pernyataan palsu berhubung pembekalan tempat memerah susu bernilai RM350,000 yang mana sebenarnya tidak pernah dibekalkan, juga di tempat sama di antara 15 September 2015 dan 17 Disember 2015.



Kesemua tuduhan itu adalah mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) Akta yang sama. Seksyen itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara itu,Timbalan Pendakwa Raya SPRM Irwan Shah Abdul Samat berkata, jika mahkamah memutuskan untuk membenarkan tertuduh dijamin, pihaknya mencadangkan jumlah jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporan diri di pejabat SPRM Kedah sebulan sekali sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, peguam S. Karthigesan yang mewakili Dominic memohon jaminan anak guamnya dibenarkan diikat jamin dengan jumlah jaminan yang munasabah kerana anak guamnya memberi kerjasama penuh kepada SPRM sepanjang siatasan kes.

Katanya anak guamnya kini tidak mempunyai pekerjaan tetap dan melakukan kerja rencam. Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Azura kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM150,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya melapor diri sebulan sekali di ibu pejabat SPRM di Sungai Petani sehingga kes selesai.



Mahkamah turut menetapkan pada 12 Julai ini bagi sebutan kes untuk serahan dokumen. – UTUSAN

Bekas kontraktor didakwa kemuka dokumen palsu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS

 



 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading