Kanak-kanak perempuan cedera terjatuh dari tingkat dua pangsapuri

Kanak-kanak perempuan cedera terjatuh dari tingkat dua pangsapuri

Kanak-kanak perempuan cedera terjatuh dari tingkat dua pangsapuri
Foto hiasan

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas terjatuh dari tingkat dua rumahnya di Pangsapuri Taman College Height di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata kejadian kira-kira 9.20 pagi itu berlaku ketika kanak-kanak berusia empat tahun berkenaan dipercayai berada bersama seorang adik perempuannya berusia tiga tahun, manakala ibu bapa mereka tiada di rumah.

“Berdasarkan pemerhatian, tingkap rumah itu tidak berkunci dan tiada jeriji. Ketika tiba, anggota polis lihat saksi memangku kanak-kanak itu yang dalam keadaan sedar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Beliau berkata, kanak-kanak itu yang cedera pada dagu dan patah tulang paha kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar di sini, manakala polis akan merekodkan keterangan ibu bapanya untuk siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mohamad Hatta sehubungan itu menasihati ibu bapa supaya tidak meninggalkan anak-anak yang masih kecil bersendirian di rumah walaupun hanya sebentar. – BERNAMA

 

Kanak-kanak perempuan cedera terjatuh dari tingkat dua pangsapuri

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading