Tempahan hanya RM500 untuk miliki SkyRia

Tempahan hanya RM500 untuk miliki SkyRia

Tempahan hanya RM500 untuk miliki SkyRia
Lakaran artis untuk projek SkyRia.

Kuala Lumpur: Pemaju perumahan terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Bhd (LBS) melancarkan SkyRia, penambahan baharu dan terkini dari D’Island Residence.

Terletak di perbandaran ala kepulauan seluas 175 ekar di Puchong, SkyRia memberi definisi baharu bagi kehidupan bandar.

Dengan dua blok yang dibangunkan masing-masing sebanyak 608 dan 391 unit, SkyRia dijangka menjana nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM457 juta.



Dengan harga permulaan yang amat menarik, SkyRia menawarkan reka bentuk yang sesuai bagi keluarga kecil dan mereka yang baru membina keluarga, di mana Jenis A (600 kaki persegi) ditawarkan daripada RM250,000, Jenis B (850 kaki persegi), bermula daripada RM478,000, dan Jenis C (900 kaki persegi) yang ditawarkan bermula daripada RM507,000.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Tan Sri Dr Lim Hock San berkata, berdasarkan kejayaan D’Island yang menawarkan kediaman berkualiti dengan harga menarik, lokasi dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan yang tersedia bagi perkembangan masa hadapan, SkyRia akan menakrifkan semula konsep rumah permulaan yang sempurna serta direka dengan teliti selaras dengan matlamat perumahan negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi




“SkyRia mengekalkan komitmen D’Island untuk menyediakan kehidupan berkualiti dengan menawarkan lebih daripada 28 kemudahan yang mengagumkan, membolehkan penduduk menikmati gaya hidup aktif selepas seharian bekerja.

Tempahan hanya RM500 untuk miliki SkyRia
Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Tan Sri Dr Lim Hock San.

Menyedari bahawa kebolehcapaian adalah elemen yang sangat penting, SkyRia menawarkan kemudahan akses lebuh raya utama seperti Elite, SKVE, LDP, KESAS dan MEX, memastikan ketersambungan yang lancar untuk penduduk.

Sama ada pusat membeli-belah, kemudahan perubatan atau institusi pendidikan, kesemuanya berada di dalam lingkungan SkyRia.

Lokasi beli-belah berhampiran ialah Lotus’s Bukit Puchong (empat kilometer), Aeon Big Puchong Utama (lima kilometer), Jaya Grocer, IOI Rio City (10 kilometer), IOI Mall (13 km), Sunway Pyramid (17 kilometer), Pavilion Bukit Jalil (18 kilometer).



Kemudahan perubatan termasuk Hospital Cyberjaya (sembilan kilometer), KPMC Puchong (sembilan kilometer), Hospital Columbia Asia (10 kilometer), Sunway Medical Centre (15 kilometer), Hospital Putrajaya (15 kilometer).

Institusi pendidikan berhampiran ialah SJK (C) Sin Ming (tiga kilometer), SK Puchong Utama 1 & 2 (lima kilometer), Binary University College (11 kilometer), Limkokwing University (13 kilometer), Sunway University (16 kilometer) dan Taylor’s University Lakeside Campus (16 kilometer).

SkyRia di D’Island, Puchong merupakan salah satu projek yang mengambil bahagian dalam kempen Emas Bling Bling, menawarkan peluang eksklusif bagi pembeli untuk memenangi jongkong emas 999.9.

Kempen bermula dari 1 April hingga 31 Mei 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan tawaran ini, layari www.campaign.lbs.com.my.



Sila layari https://d-island.com.my/skyria atau hubungi 1700 81 8998 untuk maklumat lanjut mengenai SkyRia.

Tempahan hanya RM500 untuk miliki SkyRia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button