Tuntutan palsu, pemilik syarikat percetakan ditahan

Tuntutan palsu, pemilik syarikat percetakan ditahan

Tuntutan palsu, pemilik syarikat percetakan ditahan

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemilik syarikat percetakan, petang tadi, bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, dua tahun lalu.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 53 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira jam 5 petang selepas hadir memberikan keterangan.



Difahamkan, pada tahun 2021, suspek mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah sekolah menengah di sebuah daerah, negeri ini.

Tuntutan palsu itu, berkaitan pembekalan cetakan modul pembelajaran untuk kegunaan pelajar, sedangkan pembekalan tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada jam 9 pagi esok, bagi mendapatkan permohonan reman.



Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?

Tuntutan palsu, pemilik syarikat percetakan ditahan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading