Nenek berani lawan perompak, sempat beri biskut

Nenek berani lawan perompak, sempat beri biskut

Nenek berani lawan perompak, sempat beri biskut
Marjorie Perkins. FOTO NEWS CENTER Maine Via New York Post

Washington: Meskipun berusia 87 tahun, seorang nenek di Brunswick, Maine, Amerika Syarikat (AS) tidak gentar membela diri dengan melawan perompak yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya.

Buktinya, Marjorie Perkins juga pesara guru berani mengusir perompak keluar daripada rumah yang didiaminya sejak 35 tahun lalu.

Tribunnews melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi pada 26 Julai lalu.



Perkins sedang nyenyak tidur ketika perompak berumur 17 tahun itu kemudian menceroboh masuk ke bilik wanita berkenaan.

Perkins bagaimanapun tersedar dan bertindak pantas mengusir perompak berkenaan walaupun dirinya sebenarnya dalam keadaan ketakutan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar



“Saya hendak menendangnya. Jadi, saya pakai kasut secepat mungkin,” katanya kepada portal BBC.

Perkins kemudian mengambil kerusi yang berada di dekat tempat tidurnya untuk membela diri ketika perompak berkenaan datang ke arahnya.

Wanita berkenaan turut menumbuk pipi dan dahi perompak berkenaan dan terus menolaknya ke dinding.



“Saya menjerit ke luar tingkap untuk memohon bantuan,” kata Perkins.

Kedua-duanya berebut kerusi hingga perompak itu kepenatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu




“Saya terus menyuruhnya keluar,” kata Perkins.

Sebelum beredar, perompak itu memberitahu Perkins yang dia lapar.

Tidak sampai hati, Perkins memberinya sekotak biskut, kacang dan madu, dua minuman dan dua jus asam.

Nenek berani lawan perompak, sempat beri biskut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button