ADLIN AMAN RAMLIE DISANGKA ‘ORANG UTAN’: “SAMPAI POLIS ROADBLOCK PKP PUN SOAL AKU”

“Maaf bro (AC Mizal) aku terpaksa berlakon dengan kau buat kau keliru… berminggu-minggu pula tu, sampai kau suruh Emy (Datin Emylia Rosnaida) check dengan Mel (Emelda Rosmila) aku ada dekat mana.

Image_1.jpg

“Terima kasih juga untuk semua yang teka, agak pening jugalah nak jawab… sampai polis roadblock PKP pun soal aku. Terima kasih sekali lagi sebab korang semua ingat suara aku macam Tuju. Sebenarnya suara aku lagi power!” kata pelakon Adlin Aman Ramlie.

Disangka selebriti di sebalik kostum Orang Utan dalam program The Masked Singer Malaysia, Adlin berkata dia menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai.



Bukan sahaja keluarga dan peminat yang bertanya mengenai penglibatannya itu, malah dia turut berdepan pengalaman disoal oleh polis ketika melalui sekatan jalan raya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Lebih melucukan apabila birasnya yang juga pengacara program tersebut iaitu Datuk AC Mizal turut menyiasat adakah dia merupakan individu di sebalik kostum berkenaan. Adlin berkongsi mengenai tekaan salah orang ramai itu menerusi Instagram pada Sabtu.



Dalam persembahan akhir The Masked Singer Malaysia musim pertama, ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju merupakan selebriti di sebalik kostum Orang Utan.

Untuk edisi kali ini, Tuju menduduki tempat ketiga dan penyanyi Aina Abdul yang menyarungkan kostum Bunga Raya menjadi juara. Manakala, bekas peserta Ceria Pop Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld yang memakai kostum Rajah Brooke menduduki tempat kedua.

Image_3.jpg

Sementara itu, Adlin turut mengakui terhibur dengan program tersebut dan memuji AC Mizal yang berjaya mengendalikan rancangan yang diadaptasi dari Korea Selatan itu dengan baik.



“Tahniah untuk semua peserta, saya sangat terhibur dengan rancangan ini. Tahniah AC Mizal tak pernah tak power. Akhir kata abang bukan Orang Utan dik!” ujarnya.

Pada malam Jumaat, AC menerusi Instagram berkata sepanjang mengacarakan program itu dia tertipu kerana menyangka individu dalam kostum Orang Utan itu adalah Adlin.

Ini kerana karakter yang ditunjukkan oleh selebriti dalam kostum berkenaan hampir sama seperti Adlin: “Dah terjawab semua bukan Adlin Aman Ramlie! Mati-mati aku ingat kau bro… karakter sama macam lu bro,” tulisnya.

Image_4.jpg



Image_5.jpg

Image_6.jpg

 

KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) – PAC WAJAR KAJI SEMULA KESELURUHAN LAPORAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading