4 individu ditahan kes pencemaran bau di loji IWK Rawang

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat individu termasuk seorang lelaki warga Bangladesh di sekitar Gombak, Damansara dan Kelana Jaya, antara tengah malam tadi hingga awal pagi ini.

Tangkapan itu dibuat bagi membantu siasatan kes pencemaran bau di loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) Taman Velox, di Rawang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata pihaknya akan membuat permohonan reman terhadap semua suspek berusia antara 33 hingga 43 tahun itu, di Mahkamah Selayang pagi ini.

“Siasatan awal mendapati seorang suspek wanita adalah penama yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menyewa premis di No 32, Jalan Velox 2, Rawang.



“Manakala, seorang lelaki tempatan dan pekerjanya seorang lelaki Bangladesh itu menumpang stok bahan kimia di premis sewaan berkenaan.

“Dipercayai terdapat aktiviti membuang sisa kimia ke dalam satu lubang kumbahan di premis yang disyaki terus mengalir ke kawasan tercemar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

BH online

Tujuh ditahan bantu siasatan pencemaran loji air

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker