Jamal Abdillah terima permohonan maaf Roslan Shah
Tak mahu buang masa gaduh perkara remeh
Jamal Abdillah terima permohonan maaf Roslan Shah

PENYANYI Datuk Jamal Abdillah menerima permohonan maaf dibuat pengacara Roslan Shah kepadanya berhubung insiden melibatkan sebuah program di Singapura dua minggu lalu.
Jamal, 63, berkata, meskipun permohonan maaf itu tidak dibuat secara terus kepadanya namun memilih untuk melupakan pertelingkahan di antara mereka.
“Roslan dah minta maaf pada saya, tapi bukan secara terus kepada saya. Dia cakap melalui media.
“Benda yang baiklah, kalau memaafkan atau memohon maaf. Kita lupakan benda-benda yang lepas,” katanya kepada mStar.

Jamal berkata demikian ketika ditemui pada sifang media Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah yang diadakan pada Khamis.
Perselisihan faham antara Roslan dan Jamal bermula apabila penyanyi itu didakwa membatalkan kemunculannya di saat akhir dalam sebuah acara yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DAP Hipokrit: Nik Abduh Pinjam Kerusi & Meja Suruh Siasat, Kes Banglo Guan Eng Gugur
- Mesej Akar Umbi Kepada Presiden UMNO, 30hb Bukan Hari Untuk Berlapang Dada
- Muhyiddin cuba alih gelaran gagal kepada Ismail
Roslan yang bertindak sebagai orang bertanggungjawab menguruskan penampilan artis mendakwa dirinya terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM33,000 ekoran Jamal tidak muncul pada acara itu.
Bagaimanapun penyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir itu memberitahu tidak pernah memberi sebarang persetujuan hadir ke Singapura.
Dunia hiburan kita ini kecil sahaja, nak bergaduh benda remeh untuk apa? – DATUK JAMAL ABDILLAH PENYANYI
Roslan pada Isnin lalu menerusi laporan mStar memohon maaf kepada Jamal sebelum berangkat mengerjakan umrah dan berjanji akan bertemu dengan penyanyi itu selepas pulang dari Makkah.
Dalam pada itu, Jamal berkata, dia tidak mahu bermasam muka atau bermusuhan dengan Roslan apatah lagi mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Jamal juga memberitahu bersedia bersemuka dengan Roslan apabila ada masa sesuai kelak.
“Dunia hiburan kita ini kecil sahaja, nak bergaduh benda remeh untuk apa? Saya tiada masalah untuk berjumpa dengannya nanti,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Jamal berkata, dia teruja dengan penganjuran konsert tersebut apatah lagi ia turut menampilkan beberapa nama penyanyi terkenal.
Pada konsert itu nanti, Jamal memberitahu dia akan berduet dengan setiap artis jemputan dan berharap peminat yang hadir akan menyukainya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir penuh Bagasi , tidak layak jadi calon Perdana Menteri sekali lagi walaupun sehari.
- Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?
- Manifesto “Realistik” PRU15 PH Menjadi tidak “Realistik” dengan Kempimpinan PH yang sedia ada.
“Ini satu konsert yang menyediakan artis-artis terkenal. Saya diberi tugas untuk berduet dengan setiap artis. Itu tanggungjawab paling besar saya rasa.
“Itu salah satu sebab kenapa saya terima untuk bekerjasama dengan Zeel Production,” katanya.
Penganjur yang juga penerbit Zeel Production Sdn Bhd, Fadzil Teh berkata, Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah merupakan buah tangan sulung syarikatnya.
Fadzil berkata, pihaknya sudah lama ingin menganjurkan sebuah konsert namun disebabkan pandemik Covid-19, hasrat itu terpaksa ditunda seketika.
“Alhamdulillah selepas semuanya kembali seperti sedia kala, kami merancang meneruskan projek konsert ini dan menampilkan Jamal sebagai penyanyi pertama,” katanya.
Tidak hanya Jamal, Fadzil memberitahu konsert itu nanti akan menampilkan penyanyi istimewa seperti Wany Hasrita, Khai Bahar, Aweera dan Amelina.
Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah akan diadakan di Dewan 2020, Kangar Perlis pada 29 Oktober ini.
Jamal Abdillah tak pernah tanda tangan sebarang perjanjian ke Singapura
Jamal Abdillah terima permohonan maaf Roslan Shah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018
- Perang Rusia Ukraine Semakin Parah, Malaysia Tidak Boleh Di Tadbir Oleh Pemimpin Lemah
- Mahathir Akui Ada Campurtangan Ahli Politik Dalam Badan Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir