Tiada unsur jenayah di sebalik kematian Zhanna

Tiada unsur jenayah di sebalik kematian Zhanna

Tiada unsur jenayah di sebalik kematian Zhanna
Pempengaruh media sosial warga Russia, Zhanna Samsonova, 39, atau Zhanna D’art. – Foto media sosial

KANGAR: Kematian pempengaruh media sosial warga Russia, Zhanna Samsonova, 39, atau Zhanna D’art di negeri ini pada 21 Julai lalu, disahkan tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata kematian wanita berkenaan lebih menjurus kepada masalah kesihatan.

“Hasil bedah siasat mengesahkan kematian disebabkan masalah jantung dan kes ini tidak membabitkan unsur jenayah atau penderaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Katanya, siasatan polis mendapati Zhanna tiba di Perlis beberapa hari sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, di sini untuk rawatan selepas mengadu mengalami masalah kesihatan.

“Dia bagaimanapun mengambil keputusan tidak mahu meneruskan pemantauan kesihatan di hospital itu, malah menandatangani pelepasan daripada hospital untuk pulang ke negaranya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar




“Namun, semasa keluar dari Wad Kecemasan HTF, dia kemudian duduk di kawasan menunggu di hospital sebelum meninggal dunia,” katanya.

Surina berkata, mayat wanita berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.

“Berdasarkan proses autopsi, doktor mengesahkan dia mengalami masalah kesihatan membabitkan jantung dan memang mempunyai masalah kesihatan sebelum itu.

“Untuk kes ini, kita klasifikasikan sebagai kematian mengejut atau SDR dan bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk mengesan waris bagi proses penyerahan mayat untuk dibawa pulang ke negara asalnya,” katanya.



Zhanna yang dikenali menerusi laman Instagram ‘Raw Vegan Food Chef’ adalah pempengaruh media sosial berpangkalan di Phuket, Thailand.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu


Dia terkenal kerana mempromosi gaya hidup, pemakanan serta kulinari secara mentah dan organik menerusi ‘tagline’ ‘Raw Vegan Food New Level’, di mana laman Instagramnya mempunyai 34,600 pengikut.



Malah, wanita itu turut mempromosikan buah-buahan Asia Tenggara yang jarang didapati di Eropah seperti durian dan cempedak.

Dia dipercayai tiba di Malaysia beberapa hari sebelum kejadian untuk bercuti dan kematiannya turut mendapat liputan media antarabangsa, terutama di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Russia.

Tiada unsur jenayah di sebalik kematian Zhanna


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading