Polis buru dua lelaki larikan wang tunai lebih RM130,000

Polis buru dua lelaki larikan wang tunai lebih RM130,000

Polis buru dua lelaki larikan wang tunai lebih RM130,000
Foto hiasan

AMPANG JAYA: Seorang lelaki warga Lubnan melarikan diri bersama wang tunai AS$30,000 (RM132,254) yang dilarikan daripada seorang lelaki tempatan dalam kejadian di hadapan sebuah Bank di Ampang, berhampiran Ampang Point, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, suspek dilaporkan bertemu dengan mangsa di lokasi kejadian selepas satu rancangan untuk menukar wang sebanyak AS$30,000 milik mangsa dipersetujui sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata dalam persetujuan perbincangan mangsa akan menyerahkan wang tunai AS$30,000, manakala suspek akan membayar wang dalam bentuk RM150,000 di mana mangsa akan memperoleh keuntungan RM15,000.



“Bagaimanapun apabila mereka bertemu suspek yang melihat wang tunai dibawa mangsa bertindak merampas wang itu sebelum melarikan diri menuju ke sebuah kereta disyaki jenis Toyota Vios dipandu seorang lagi lelaki berhampiran tempat kejadian.

“Suspek kemudian melarikan diri serta meninggalkan sejumlah wang tunai ringgit Malaysia disyaki palsu di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, mangsa mengenali suspek melalui rakannya yang turut berada bersamanya ketika kejadian.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan rompakan berkumpulan tanpa senjata, selain mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki mata wang kertas palsu,” katanya.



Bitcoin menjunam ke paras terendah sejak Julai 2021

Polis buru dua lelaki larikan wang tunai lebih RM130,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja



 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading