Polis pergi minum teh, banduan larikan diri

Polis pergi minum teh, banduan larikan diri

Polis pergi minum teh, banduan larikan diri
BANDUAN yang melarikan diri selepas trak membawa mereka berhenti di tepi jalan di Jhansi, Uttar Pradesh, India. FOTO Agensi.

New Delhi: Tindakan sepasukan polis India memberhentikan kenderaan yang membawa banduan di tepi jalan, semata-mata untuk minum teh hanya mengundang padah.

Ia selepas tiga banduan dalam trak itu melarikan diri selepas kenderaan tidak dikawal mana-mana anggota polis ketika berhenti rehat di Jhansi, utara negeri Uttar Pradesh.

Banduan itu dalam perjalanan untuk ke Mahkamah Majistret Jhansi Railway.



Terdahulu, dalam rakaman yang tersebar, banduan itu dilihat meninjau keadaan terlebih dahulu dari belakang trak, sebelum masing-masing melarikan diri ke arah yang berbeza.

Difahamkan, pencarian banduan lolos itu masih dijalankan.

Polis Jhansi dalam kenyataan berkata, lapan anggota yang mengiringi banduan itu digantung tugas kerana cuai.

“Ketiga-tiga banduan lelaki itu akan ditahan tidak lama lagi,” katanya.



Kertas siasatan dibuka bukan hanya terhadap tiga banduan lolos, sebaliknya ke atas tiga sub inspektor dan lima konstabel polis.

Media tempatan melaporkan polis yang terbabit sudah dipecat.

Ketua Polis Jogendra Kumar berkata, dakwaan terhadap anggota berkenaan adalah serius dan dengan mengekalkan mereka dalam pasukan, hanya akan memberi kesan negatif kepada anggota polis lain.

“Kita bimbang kemungkinan insiden lebih besar berlaku pada masa akan datang,” katanya.



Polis pergi minum teh, banduan larikan diri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button