Thaksin hanya layak dibebaskan tahun depan

Thaksin hanya layak dibebaskan tahun depan

Thaksin hanya layak dibebaskan tahun depan
BEKAS Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra. FOTO AFP.

Bangkok: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra hanya layak diberi pembebasan bersyarat (parol) selepas Februari 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Kebebasan dan Perlindungan Pengguna Senat Thailand, Somchai Sawaengkarn berkata, sebelum melayakkannya mendapat parol, Thaksin perlu menjalani sekurang-kurangnya enam bulan atau satu daripada tiga hukuman penjara dikenakan terhadapnya.

“Buat masa ini, Thaksin tidak boleh menerima apa-apa lagi pengampunan diraja kerana perlu menjalani satu daripada empat hukuman itu terlebih dahulu.



“Beliau layak mendapat parol pada Februari tahun depan,” katanya kepada Channel 3 yang dipetik Thaigers.

Somchai ditemui media pada Isnin selepas mesyuarat jawatankuasa dengan Jabatan Koreksional dan Hospital Besar Polis.

Beliau berkata, Thaksin juga tidak perlu memakai gelang Pemantauan Elektronik (EM), namun tidak dibenarkan meninggalkan Thailand.

“Thaksin juga boleh menyuarakan pandangannya mengenai politik Thailand,” katanya.



Bagaimanapun, beliau meminta jawatankuasa membincangkan perkara itu lebih lanjut dengan komander mereka dan mengadakan mesyuarat semula bulan depan.

Terdahulu, mesyuarat pada Isnin yang diadakan untuk menjawab segala kemusykilan rakyat mengenai Thaksin, berlangsung selama tiga dengan setengah senator menganggap ia membuang masa.

Dalam mesyuarat itu dimaklumkan Thaksin seorang banduan sakit yang mula-mula dirawat di Hospital Jabatan Masyarakat pada 22 Ogos lalu, sebelum dipindahkan ke Hospital Besar Polis.

Thaksin mengemukakan sijil sakit dari Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada Jabatan Penjara, selain dimaklum baru menjalani pembedahan bagi penyakit yang tidak boleh diubati.



Bagaimanapun, menurut sesetengah senator, pegawai jabatan enggan menjawab banyak soalan yang dikemukakan atas alasan maklumat sulit banduan.

Thaksin dipindahkan semula ke Hospital Jabatan Koreksional selepas keadaannya kembali stabil.

Thaksin hanya layak dibebaskan tahun depan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading