Toyota Alphard, Vellfire serba baharu kini dibuka untuk tempahan

Toyota Alphard, Vellfire serba baharu kini dibuka untuk tempahan

Toyota Alphard, Vellfire serba baharu kini dibuka untuk tempahan
Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge.

Kuala Lumpur: UMW Toyota Motor kini membuka tempahan untuk Toyota Alphard dan Vellfire serba baharu.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah yang pada mulanya ditawarkan terutamanya di pasaran domestik Jepun, telah berkembang menjadi sangat popular di Malaysia.

Di peringkat tempatan, UMW Toyota Motor akan menawarkan Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge dan Toyota Vellfire 2.5 varian dengan trenkuasa baharu yang dinaik taraf dan ciri mewah termaju untuk pengalaman lebih mengujakan.

Ia boleh ditempah bermula sekarang di semua bilik pameran sah di seluruh negara dengan harga atas jalan tanpa insurans RM538,000 untuk Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge dan RM438,000 bagi Toyota Vellfire 2.5.



Alphard 2.4T Executive Lounge baharu menampilkan enjin DOHC 2.4L 16 injap serba baharu dengan pengecas turbo dan intercooler yang digabungkan dengan transmisi Automatic Direct Shift 8-kelajuan dengan Penukar Berurutan serta Paddle Shifters.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN

Toyota Alphard, Vellfire serba baharu kini dibuka untuk tempahan
Toyota Alphard serba baharu.

Vellfire terbaru pula menampilkan enjin Super CVT-i 7-kelajuan dengan Sports Sequential Shiftmatic dan dilengkapi dengan Front Performance Brace yang menyediakan transmisi kuasa yang cekap untuk pecutan lancar, sambil memastikan pengendalian yang hebat dan prestasi kestabilan yang sangat baik.



Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K Ravindran berkata, model 7-tempat duduk baharu itu disifatkan sebagai kenderaan berkualiti terbaik yang akan mencipta suasana kemewahan yang boleh dibanggakan oleh pelanggan.

“Alphard dan Vellfire baharu menampilkan reka bentuk yang anggun, dilengkapi gril tersendiri dan lampu LED penuh dengan lampu isyarat berjujukan di bahagian hadapan dan belakang kenderaan untuk penglihatan dan kehadiran yang optimum di atas jalan.

“Menonjolkan lagi sentuhan premium adalah kabin di mana Alphard dan Vellfire kini lebih mewah hasil penggunaan kulit dan material kayu termasuk hadir dengan bumbung kaca panoramik yang melimpahkan kabin dengan pencahayaan semula jadi,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pencahayaan 64-warna di sepanjang sisi siling juga menambah persekitaran berkelas di dalam Alphard dan Vellfire.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO


“Model ini juga dilengkapi lampu bacaan boleh laras untuk memastikan keterlihatan maksimum tanpa menjejaskan keselesaan.

“Di bahagian pemandu pula menampilkan kokpit alat jet peribadi dengan semua suis mekanikal dan butang kawalan diletakkan secara optimum untuk mudah dicapai,” katanya.



Menurutnya, kedua-dua tempat duduk barisan pertama hadapan dan belakang dilengkapi pemanas tempat duduk dan pengudaraan.

Selain itu, tempat duduk baris pertama belakang Alphard 2.4T Executive Lounge mempunyai fungsi urutan tempat duduk yang eksklusif.

Kedua-dua odel itu boleh didapati dengan pilihan empat warna iaitu Platinum White Pearl, Precious Metal, Precious Leo-Blond (Alphard sahaja) dan Black.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Mahathir Meroyan Lagi




Sementara itu, UMW Toyota Motor mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan selepas mencatatkan jualan sebanyak 48,659 unit bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ia mewakili peningkatan ketara sebanyak enam peratus berbanding 45,911 unit yang dijual bagi tempoh sama tahun lalu.

Bagi tempoh Jun saja, UMW Toyota Motor menjual 8,669 unit kenderaan, melebihi angka 8,004 unit yang dicatatkan pada Mei.



Jumlah jualan gabungan bagi tempoh bulan dikaji itu membabitkan 8,559 unit Toyota dan 110 unit Lexus.

Menurut UMW Toyota Motor, kemuncak utama pada Jun adalah pelancaran Toyota Innova Zenix serba baharu dengan menampilkan dua pilihan enjin iaitu kenderaan elektrik hibrid (HEV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE).

“Pelancaran maya Toyota Zenix serba baharu kami mewakili usaha berterusan kami terhadap inovasi zaman baharu, sambil kami terus menggerakkan orang ramai dan meningkatkan gaya hidup,” katanya.

Toyota Alphard, Vellfire serba baharu kini dibuka untuk tempahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading