Kisah Panjang Ketua Kampung Kita: Tengku Adnan Tengku Mansor

Minggu ini perbicaraan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Mahkamah Tinggi bagi prosiding membela diri tuduhan menerima rasuah berjumlah RM2 juta menyerlahkan siapa sebenarnya beliau yang menjadi Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit.

Sifat rendah diri beliau sehinggakan meletakkan panggilan dikalangan rakyat tempatan hanya sebagai ‘ketua kampung’ yang mudah didekati dan mudah pula membantu apa-apa juga kesusahan.

Sememangnya, hanya warga Putrajaya yang benar-benar mengenali beliau biarpun imej beliau cuba dicalarkan oleh pihak tertentu dengan pelbagai isu termasuklah dakwaan menerima rasuah bernilai RM2 juta.

Tentunya ia bukanlah sesuatu yang ‘masuk akal’ bagi seorang hartawan yang memiliki kekayaan ratusan juta untuk menerima suapan yang hanya sekadar RM2 juta walhal beliau sendiri mempunyai lebih daripada itu. Sesuatu yang tidak wajar dipersoalkan namun atas usaha untuk mencalarkan imej beliau pelbagai perkara boleh diada-adakan.

Sungguh, tanyalah rakyat Putrajaya... siapa Tengku Adnan... kerana insan inilah yang amat dermawan dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat, mendengar permasalahan dan berusaha untuk menyelesaikannya.

Beban hidup rakyat ternyata amat dekat dengan beliau, bantual kepada warga Putrajaya diberi dalam pelbagai bentuk, ada secara langsung dan ada juga yang dulakukan atas usaha berterusan bagi memudahkan penduduk tempatan.

Lebih dari itu, sumbangan kepada hal-hal kerohanian, agama dan pendidikan menjadi keutamaan dengan masjid-masjid dan surau-surau di Putrajaya sentiasa dihidupkan dengan majlis-majlis ilmu yang melibatkan semua peringkat. Acara kemasyarakatan, bersifat kekeluargaan dan lebih terarah untuk perpaduan atas jalinan silaturrahim diaplikasi agar kesejahteraan terus harmoni.

Berikut dikongsikan tulisan berkaitan siapa sebenarnya Tengku Adnan sebelum terlibat dalam politik: https://www.facebook.com/kamal.ridzuan969/posts/608026590052242

Seorang Melayu yang low profile, berkebajikan dan banyak membantu orang susah. Kaya sebelum jadi menteri vs Kaya selepas jadi menteri..

1. Sebelum Tengku Adnan menyertai kabinet pada 2001, sejak 1980-an lagi beliau sudah kaya-raya sebagai seorang ahli perniagaan dan tokoh korporat.

2. Pada 1984, beliau dan adiknya, Tengku Rethwan menubuhkan syarikat Tadmansori Holdings, kemudian disusuli Tadmansori Hotel Resorts Sdn Bhd.

3. Masih ingat telefon bergerak ATUR? Tengku Adnan melalui syarikat Dancom Telecommunication yang ditubuhkan olehnya pada 1985, telah memperkenal telefon selular generasi pertama di Malaysia, yang dinamakan Dancall.

4. Dalam tempoh 1980-an sehingga 1990-an, selain syarikat di atas Tengku Adnan meraih kekayaan (kepentingan langsung dan tidak) melalui Poon & Tengku Holdings, DeTas Holdings, Gagasan Baiduri, Hyumal Motor, Berjaya Air Charter, Berjaya Industrial, Tast Trading, EMC Logistic, UNZA Holdings, Top Groups Holdings, Quasar Carriage, Inokom dan Mutiara Telekom (Digi), Hyundai dan sebagainya – dan pada 1992 beliau telah disenaraikan sebagai antara taikun terkaya Malaysia.

5. Pada 2001, pertama kali memasuki kabinet sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, aset beliau diisytiharkan sebanyak RM938.6 juta.

6. 15 tahun selepas itu, pada 2016, asetnya susut, menjadikan jumlah RM782.7 juta.

7. Tengku Adnan ialah tokoh korporat yang kemudiannya menjadi menteri. Sebaliknya, bagaimana pula dengan menteri yang kemudiannya bergelumang dengan dunia korporat? Kami paparkan situasinya pada tahun 1990-an.

8. (Prof Dr) Edmund Gomez dan (Prof Dr) Jomo KS, dua ahli akademik ekonomi menyenaraikan ahli-ahli politik dan tokoh korporat (kroni dan ahli keluarga) yang mempunyai pegangan dan jawatan dalam syarikat terkemuka, meraih kekayaan melalui jalan politik (Rujuk gambar 1 dan 2).

9. Turut didedahkan ialah bagaimana pengambil alihan MUI Bank oleh Hong Leong Bank mendapat kelulusan segera pada 1993 daripada Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, bahkan mendapat pengecualian Akta Bank dan Institusi Kewangan iaitu pada bahagian pemilikan syer bank maksimum 20% per individu. (Rujuk gambar 3)

10. Anwar menyertai kabinet pada 1983, daripada asal sebagai seorang aktivis, bukan orang berniaga.

11. Akan tetapi, pada penghujung 1999, negara digemparkan dengan pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid yang mendakwa beliau mengendalikan 20 akaun induk Anwar bernilai RM3 bilion yang terdiri daripada aset, saham dan wang. (Rujuk gambar 4)

12. Meskipun diberitakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menutup kes, 13 tahun selepas itu, Murad masih bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa. (Nota, sehingga kini, Murad masih belum dikenakan tindakan undang-undang atas dakwaan itu.)

13. Semalam Anwar persoal dari mana Tengku Adnan dapat kekayaan.

14. Bekas Menteri Belia,Syed Saddiq, yang lahir pada tahun 1992 itu juga mempertikai kekayaan Tengku Adnan.

15. Jika aset Tengku Adnan semakin berkurangan selepas menjadi menteri, kita tanyakan kepada Syed Saddiq serta bekas menteri PH yang lain – selepas dua tahun, aset makin bertambah atau kurang?

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

Budak budak politik baru nak up jakun tengok Ku Nan tu kaya aset beratus juta?

Iphone, Dyson dan Beats..

3 jenama terkemuka dunia ni di Malaysia.. Korang pakai Iphone jenama Apple kan? Headphone Beats keluaran Dr. Dre dan Vacuum branded jenama Dyson..

Kau semak pulak syarikat nama DANCOM, mereka pengedar utama barang barang tu.. Dah wujud sejak tahun 1985.. Nak kata mustahil ke Ku Nan tak pandai cari empire beliau sendiri ka?

—————– Sumber:

Edmund Terence Gomez, 2002. Political Business in East Asia. Routledge: London

Edmund Terence Gomez & Jomo KS, Edisi Kedua, 1999. Malaysia’s Political Economy: Politics, Patronage and Profits. Cambridge University Press: UK.

http://lib.perdana.org.my/…/2…/2001pz/tengku%20adda%20pm.pdf
https://www.sinarharian.com.my/…/Anwar-persoal-dari-mana-Ku…
https://web.archive.org/…/dancom.com…/About/At-A-Glance.aspx
https://www.hmetro.com.my/…/tengku-adnan-jawab-dakwaan-tun-m

Sumber : Portal Berita UMNO Putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *