Lufya Omar kecewa jemaah tak boleh sarung pakaian lambang Palestin di Makkah

Netizen perjelas sebab larangan

Lufya Omar kecewa jemaah tak boleh sarung pakaian lambang Palestin di Makkah

Lufya Omar kecewa jemaah tak boleh sarung pakaian lambang Palestin di Makkah
Lufya kecewa apabila jemaah dilarang memakai pakaian melambangkan Palestin di Makkah.

PELAKON Lufya Omar meluahkan rasa kecewa apabila kesemua jemaah yang berada di Tanah Suci Makkah dilarang mengenakan pakaian berlambangkan negara Palestin.

Lufya, 38, berkata, dia tidak pasti punca larangan itu dilaksanakan namun berpendapat setiap orang berhak menunjukkan sokongan kepada Palestin.

“Mereka larang pakai pakaian Palestin? Kenapa?



 

Lufya Omar kecewa jemaah tak boleh sarung pakaian lambang Palestin di Makkah
Lufya kini sedang berada di Tanah Suci Makkah.

Lufya berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan dirinya mengenakan jubah yang memiliki warna seakan bendera Palestin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Agenda Sebenar MP Perikatan Nasional Menyokong Kerajaan




Menurut Lufya peperangan di antara Palestin dan Israel sudah hampir sebulan dan ia sepatutnya dihentikan serta-merta.

Sehubungan itu, Lufya berharap orang ramai terus mendoakan saudara Islam yang sedang berjuang ketika ini di bumi bergolak itu.

“Ini sudah memasuki 30 hari pertumpahan darah! Stop! Stop! Berhenti membunuh!

“Jom sama-sama terus doakan untuk Gaza, Allahuakbar! Doakan yang tak putus setiap sujud akhir dalam solat anda untuk Palestin.



“Semoga Allah berikan kemenangan besar buat mereka, selamatkan Palestin,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi

 



Lufya Omar kecewa jemaah tak boleh sarung pakaian lambang Palestin di Makkah
Lufya minta orang ramai terus mendoakan Palestin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan segala isu duniawi tidak dibenarkan di Kota Suci Makkah kerana ia merupakan tempat ibadah.

Bagaimanapun, Lufya membalas dirinya bukannya membuat perarakkan di sana sebaliknya hanya menunjukkan sokongan sahaja.

“Kita bukannya bawa sepanduk bendera, menjerit-jerit buat demo. Baju saja rekaan Palestin untuk sokongan dan kasih sayang. Alasan saja semua itu,” jawabnya.

Lufya Omar kecewa jemaah tak boleh sarung pakaian lambang Palestin di Makkah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading