Tidak puas serang Palestin, Zionis tingkat bedilan di Syria



Tidak puas serang Palestin, Zionis tingkat bedilan di Syria

Tidak puas serang Palestin, Zionis tingkat bedilan di Syria
ISRAEL melancarkan serangan udara ketiga di Damsyik dalam tempoh kurang seminggu. – AGENSI
DAMSYIK: Tidak cukup dengan serbuan dan menembak rakyat Palestin di Tebing Barat, tentera Israel meluaskan serangannya di beberapa kawasan berhampiran Damsyik, awal pagi semalam.

Serangan itu merupakan yang ketiga dalam tempoh kurang seminggu, menurut Kementerian Pertahanan Syria.

Zionis melancarkan ratusan serangan udara terhadap wilayah Syria sejak perang saudara meletus di negara itu pada 2011 dengan menyasarkan kedudukan kerajaan dan tentera sekutu yang disokong Iran dan pejuang Hezbollah.

Koresponden AFP melaporkan, beberapa letupan dapat didengar di Damsyik pada malam Rabu sehingga semalam.

“Pada pukul 12.30 tengah malam, tentera Zionis melakukan serangan udara dari arah wilayah Palestin dengan menyasarkan beberapa kedudukan di sekitar Damsyik,” jelas kementerian itu dalam kenyataan.

Kementerian itu memaklumkan, pertahanan udara Syria memintas sejumlah peluru berpandu yang dilepaskan tentera Israel.

Serangan udara itu turut menyebabkan kerosakan sejumlah harta benda di kawasan terjejas.

Kumpulan pemerhati yang berpangkalan di Britain, Syrian Observatory for HUman Rights memaklumkan, Israel menyerang sebuah kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada serangan itu disasarkan kepada tentera Syria atau pejuang pro-Iran. – AFP

Beg sekolah berlumuran darah

Tidak puas serang Palestin, Zionis tingkat bedilan di Syria


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker