Ribut Tropika Nalgae ragut 72 nyawa

Ribut Tropika Nalgae ragut 72 nyawa

Ribut Tropika Nalgae ragut 72 nyawa

MANILA: Filipina merekodkan 72 kematian akibat Ribut Tropika Nalgae yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah selatan negara ini.

Jurucakap agensi bencana kerajaan, Bernardo Rafaelito berkata, wilayah Maguindanao paling teruk terjejas dengan 67 kematian manakala dua terbunuh di Sultan Kudarat dan dua lagi di Cotabato Selatan.



Menurut beliau, banjir besar menjejaskan hampir seluruh wilayah Visayas di tengah Filipina dengan 33 orang dilaporkan cedera dan 14 lagi masih hilang.

Ribut tropika dengan angin berkelajuan sehingga 95 kilometer sejam mendarat di timur wilayah Catanduanes awal pagi ini.

Agensi kaji cuaca meramalkan hujan lebat di seluruh wilayah ibu kota dan wilayah berdekatan ketika angin ribut melintasi pulau utama Luzon sebelum menuju ke Laut China Selatan.

Semalam, pasukan mencari dan menyelamat mengeluarkan mayat dari air dan lumpur tebal selepas Nalgae mencetuskan banjir dan tanah runtuh.-AGENSI



MetMalaysia keluarkan amaran ribut tropika

Ribut Tropika Nalgae ragut 72 nyawa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button