McDonald’s belanja ‘rider’ makan

McDonald’s belanja ‘rider’ makan

McDonald's belanja 'rider' makan
Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai (empat dari kanan) menyerahkan set hidangan percuma kepada penghantar makanan dalam program #MekdiBelanjaRider. – FOTO NSTP/Rohanis Shukri

Putrajaya: McDonald’s Malaysia meraikan lebih 65,000 penghantar makanan seluruh negara dengan menawarkan set hidangan percuma di semua rangkaian restorannya hari ini.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, inisiatif itu tidak hanya terhad kepada penghantar McDelivery, malah untuk semua penghantar lain yang menebus set hidangan percuma itu mulai jam 2 petang hingga 5 petang ini di semua restoran McDonald’s seluruh negara.

“Tahun ini kami berbesar hati untuk belanja 65,000 penghantar di seluruh negara dengan makanan daripada McDonald’s. Ia sebagai tanda kami mengucapkan terima kasih kepada penghantar makanan yang bukan sekadar menghantar makanan, tetapi juga membawa kenangan terindah kepada rakyat Malaysia.

“Mereka adalah penghubung untuk makanan kami yang lazat dan senyuman kegembiraan pelanggan. Melalui inisiatif ini, kami ingin memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar di luar sana, dan membuatkan mereka sedar bahawa peranan mereka amat dihargai.

“Inisiatif ini adalah tahun yang ketiga dianjurkan dan kami berhasrat untuk meneruskannya pada setiap tahun sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penghantar,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Usaha pecahbelahkan Umno sebelum Najib dibebaskan


Inisiatif #MekdiBelanjaRider #TerimakasihAbangRider itu adalah usaha restoran perkhidmatan pantas berkenaan mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama menzahirkan penghargaan kepada golongan penghantar yang sentiasa mengutamakan pelanggan.

Melati berkata, bagi memelihara kebajikan penghantar McDelivery, McDonald’s Malaysia memastikan mereka dilindungi oleh Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, McDonald’s Malaysia menyediakan pelbagai faedah tambahan kepada penghantar McDelivery termasuklah makanan percuma pada masa-masa tertentu, tuntutan jarak perjalanan dan pakej telekomunikasi bagi meringankan beban dan memudahkan urusan kerja mereka.

“Lebih menarik, terdapat juga bonus istimewa bagi menggalakkan prestasi penghantar ini,” katanya.

McDonald’s belanja ‘rider’ makan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker