Diskaun 30 peratus
Diskaun 30 peratus

MR DIY melancarkan Jualan Akhir Tahun MR DIY sepanjang bulan ini, dengan tawaran lebih 150 produk pada potongan harga sehingga 30 peratus.
Ketua Pemasaran MR DIY, Alex Goh berkata, kempen berkenaan diadakan bagi membantu pelanggan berjimat besar dan mendapatkan nilai terhebat sebelum akhir tahun.
“Inisiatif ini menampilkan 150 produk yang meliputi pelbagai keperluan harian dengan diskaun sehingga 30 peratus.
“Ia termasuk produk perkakasan seperti kasut keselamatan, playar dan pistol gam panas, serta keperluan rumah seperti alat pembersihan, sabun pencuci, penyembur serangga, botol air, tisu, kain lap basah, beg sampah sehinggalah pengering pinggan mangkuk.
“Selain itu, barangan elektrik seperti bateri, pengecas bateri, cerek elektrik, pengering rambut dan pembersih vakum, serta soket elektrik turut ditawarkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi
- Selepas Serangan Kepada UMNO Gagal, PAS Cuba Serang DAP
- Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Apa Tujuan Demo PN Sebenarnya?
“Malah, kempen ini menyediakan peralatan sukan termasuk tali lompat, set badminton, bulu tangkis, pakaian renang kanak-kanak, kolam renang dan produk makanan ringan,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, di MR DIY, pihaknya berhasrat membawa kegembiraan kepada setiap rakyat Malaysia pada akhir tahun ini sambil memastikan setiap pelanggan mendapatkan apa yang mereka perlukan pada Always Low Prices.
“Inisiatif ini juga salah satu cara kami meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan di samping menawarkan penjimatan yang tiada tandingan kepada mereka,” katanya.
Diskaun 30 peratus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :