Hamilton didakwa akan berpindah ke Ferrari

Oleh – Syeikh Baran


Hamilton didakwa akan berpindah ke Ferrari
Pemandu Ferrari, Charles Leclerc (kiri) bersama pemandu Mercedes, Lewis Hamilton ketika perlumbaan Grand Prix Monaco di Circuit de Monaco, Monte Carlo. – REUTERS

uara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton kemungkinan melakukan perpindahan mengejut ke Ferrari pada saingan musim 2025, menurut beberapa laporan, hari ini.

Pasukan berpangkalan di Itali itu mahu pemandu Britain berusia 39 tahun berkenaan untuk bergandingan bersama Charles Leclerc, lapor BBC, Sky, Autospor, akhbar Itali, Gazetta dello Sport dan beberapa agensi media yang lain.



Ia akan menjadi satu tindakan yang mengejutkan memandangkan Hamilton sudah menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Mercedes untuk musim 2024 dan 2025.

Bagaimanapun perjanjian itu dilaporkan mengandungi klausa yang membenarkannya meninggalkan pasukan selepas semusim.

Hamilton memenangi gelaran dunia terakhirnya pada 2020 tetapi terlepas kejuaraan 2021 kepada Max Verstappen, yang juga 13 tahun lebih muda daripadanya.

 

Ferrari, yang pernah mengakui mengadakan perbincangan dengan Hamilton pada 2019 mengenai kemungkinan menyertai pasukan itu pada masa hadapan, enggan mengulas mengenai laporan itu.



Jurucakap Ferrari berkata: “Kami tidak mengulas mengenai khabar angin.”

Mercedes pula tidak menjawab apabila dihubungi AFP. – AFP

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading