Situasi Ringgit sekarang tak sama seperti krisis ekonomi 1998 – Anwar

Situasi Ringgit sekarang tak sama seperti krisis ekonomi 1998 – Anwar

Situasi Ringgit sekarang tak sama seperti krisis ekonomi 1998 - Anwar
ANWAR menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Hab Kewangan Antarabangsa Malaysia Tun Razak Exchange. FOTO Asyraf Hamzah

Kuala Lumpur: Ekonomi negara ini masih mencatatkan pertumbuhan tinggi di samping pelaburan terbesar walaupun nilai mata wang Ringgit merosot.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi sekarang ini tidak sama seperti krisis ekonomi 1998 yang menyaksikan nilai mata wang ringgit dan pelaburan jatuh serta berlakunya inflasi.

Katanya, kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa nilai Ringgit di samping turut memberi tumpuan kepada kos sara hidup rakyat.



“Mengapa harus dilihat hanya dari segi Ringgit dan dibandingkan dengan 1998 kerana sepertimana yang saya sebut tadi, Ringgit jatuh, pelaburan jatuh, inflasi naik, jadi dia tidak sama.

“Sekarang ini, pelaburan kita angka terakhir yang diumumkan semalam selepas Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara tertinggi dalam sejarah pelaburan Malaysia. Kalau keyakinan itu kurang kerana Ringgit, dia tidak akan ada pelaburan seperti ini,” katanya selepas Majlis Pelancaran Tun Razak Exchange sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia di Menara Exchange 106 di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Presiden Majlis Peguam Hingga Berani Pertikai Kuasa Pengampunan YDP Agong



Sebelum ini, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, prestasi ringgit sejak kebelakangan ini, sama seperti mata wang serantau lain telah dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran.

Beliau berkata, sebahagian daripada faktor ini termasuk pelarasan pasaran kepada perubahan jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kebimbangan geopolitik dan ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi China.

Mengulas lanjut, Anwar yang merupakan Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak memandang ringan terhadap keadaan itu dan memastikan keadaan kembali pulih.



Katanya, Malaysia berjaya mencatatkan jumlah diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada tahun lalu, meningkat 23 peratus berbanding tahun 2022 sekali gus menyaksikan jumlah itu adalah pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara.

“Tetapi kita kena tengok dan lihat pelaburan tertinggi dalam sejarah negara, inflasi jatuh, dan pengangguran menurun manakala pertumbuhan kekal berbanding negara jiran.

“Jadi saya melihat kita perlu pandangan komprehensif dan kemampuan negara untuk berkembang disamping melihat kadar pelaburan,” katanya.

Situasi Ringgit sekarang tak sama seperti krisis ekonomi 1998 – Anwar

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPANCO: SPRM Rakam Keterangan Tengku Zafrul, Akan Panggil Muhyiddin




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading