“SAYA TAK AKAN NAIK PENTAS LAGI…” – M DAUD KILAU CARI PENGGANTI, MAHU FOKUS IBADAH

“Saya tak akan naik pentas lagi, tak akan buat persembahan walaupun jika ada tawaran. Saya nak menetap di kampung dan buat amal ibadah,” ujar penyanyi Datuk M Daud Kilau yang memaklumkan dia mahu meninggalkan dunia hiburan.

Tetap dengan keputusannya itu, M Daud Kilau yang kini menginjak usia 83 tahun ini menawarkan kepada individu yang berminat untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Gelek tetapi dengan syarat boleh ‘bergelek’.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cek Mek Molek’ itu turut menawarkan koleksi baju yang pernah digunakan semasa membuat persembahan secara percuma dan diberikan terus kepada individu yang menggantikan.

“Saya nak cari pengganti. Jika sesiapa nak gantikan tempat saya sebagai Raja Gelek, ambillah pakaian persembahan pentas yang saya simpan ini secara percuma. Ada 99 helai, saya nak bagi tapi mesti tahu bergelek semasa menyanyi.

“Kalau nak jadi pengganti saya, silalah datang jumpa datang saya tapi mestilah peminat Daud Kilau, minat lagu-lagu saya. Nak bergelek saya boleh ajarkan,” kata M Daud Kilau yang memberitahu beliau kini semakin sihat, sudah boleh berjalan dan menunaikan solat.

Sebelum ini, M Daud Kilau lebih banyak berbaring dan kesihatannya merosot kerana menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil.

Leave a Reply