Datuk didakwa tipu pembelian milikan pegangan pesawat, helikopter lebih RM7j

Datuk didakwa tipu pembelian milikan pegangan pesawat, helikopter lebih RM7j

Datuk didakwa tipu pembelian milikan pegangan pesawat, helikopter lebih RM7j
– Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dua pertuduhan menipu berhubung pembelian pesawat dan helikopter berjumlah lebih RM7 juta, enam tahun lalu.

Datuk Ismail Hassan, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan pertama, Ismail didakwa menipu seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun dengan memperdayakannya bahawa beliau hendak membeli milikan pegangan pesawat Cessna 650 Citation III (N95AZ) dan helikopter jenis EC120B (N120TX) dengan harga RM7,092,995.



Tertuduh telah menyerahkan dua cek bernilai RM1 juta dan RM6,092,995 kepada mangsa, sedangkan beliau mengetahui bahawa kedua-duanya tidak boleh ditunaikan.

Ismail didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah firma guaman di Solaris Dutamas, Sentul di sini pada 21 Februari 2019 mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ismail didakwa sebagai seorang muflis yang belum dilepaskan telah memasuki satu perjanjian pinjaman bertarikh 29 November 2017 dengan lelaki sama bagi tujuan pembelian pesawat dan helikopter sama serta penubuhan sebuah syarikat untuk menjalankan perniagaan penyewaan pesawat di negara ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat di Jalan Pinang, Dang Wangi di sini pada 29 November 2017 mengikut Seksyen 109(1) (m) (ii) Akta Kebankrapan 1967 yang boleh dihukum bawah Seksyen 109(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Josiendra Abu Senin menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Datuk Zainal Omar, yang mewakili Ismail, memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan anak guamnya telah muflis.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Februari ini untuk sebutan kes.– BERNAMA

Pegangan tangan kami terlepas akibat dipukul ombak besar



Datuk didakwa tipu pembelian milikan pegangan pesawat, helikopter lebih RM7j

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading