Kertas siasatan Ebit Lew diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Kertas siasatan Ebit Lew diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Kertas siasatan Ebit Lew diserah kepada Jabatan Peguam Negara
Dua kertas siasatan berhubung dakwaan kes rogol dan gangguan seksual membabitkan Ebit Lew sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Dua kertas siasatan berhubung dakwaan kes rogol dan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata kedua-dua kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana Ebit Lew sedang menghadapi kes mahkamah di Sabah,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.



Kertas siasatan Ebit Lew diserah kepada Jabatan Peguam Negara
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika sidang media di Bukit Aman, hari ini. – NSTP/Amirudin Sahib

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah terbabit.

Mohd Shuhaily dilaporkan berkata, Ebit Lew juga membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Susulan itu, polis merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew.

Rakaman percakapan itu direkodkan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi siasatan lanjut.



Kertas siasatan Ebit Lew diserah kepada Jabatan Peguam Negara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kehadiran Roger Ng dan Jasmin Loo mampu ‘upset’ kan skrip konspirator kes 1mdb.



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading