Remaja maut dipanah petir ketika menjaring ketam

Remaja maut dipanah petir ketika menjaring ketam

Remaja maut dipanah petir ketika menjaring ketam
Bot dinaiki remaja yang maut dipanah petir ketika keluar menjaring ketam bersama bapanya berdekatan Pulau Merambong di Iskandar Puteri, pagi tadi. – Foto ihsan polis

ISKANDAR PUTERI: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas terkena panahan petir ketika menjaring ketam bersama bapanya berdekatan Pulau Merambong di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.15 pagi sewaktu hujan lebat ketika mangsa bersama bapanya menaiki bot untuk mengambil jaring yang dipasang sebelum dipanah petir.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, berkata ketika kejadian mangsa dikatakan sedang mendapatkan pelampung untuk menarik jaring yang dipasang mereka semalam.



“Ketika kejadian, hanya mangsa bersama bapanya yang berusia 60 tahun berada dalam bot berkenan.

“Bapa mangsa tidak cedera, namun tercampak ke hujung bot berdekatan enjin tetapi masih mampu menyelamatkan anaknya itu dengan menarik tangan remaja terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




“Mereka kemudian dibantu nelayan yang berada berhampiran tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, remaja yang tidak bersekolah dan bekerja sebagai nelayan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Remaja maut dipanah petir ketika menjaring ketam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading