A Aida layak terima vaksin

Kuala Lumpur: Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan, Kolonel (PA) Effendy Ali menjelaskan penerbit, Datuk A Aida yang menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech, kelmarin, adalah layak.

Effendy berkata, A Aida yang berpangkat Kolonel Bersekutu dalam APM adalah petugas barisan hadapan yang banyak menabur jasa sepanjang pasukan itu diperlukan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 dalam negara.

“Dari tahun lepas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dia sudah bertugas. Malah, apabila Covid-19 dikategorikan wabak bencana, APM diarahkan untuk terbabit sama dalam mengekang penularan ini.

“Banyak tempat menjadi pusat kuarantin dan kebanyakan anggota terdiri daripada sukarelawan diarahkan untuk membantu, termasuklah A Aida. Walaupun dia pegawai bersekutu, tetap kena panggil dan kerahkan tenaga.

“Jadi, dia layak dapat suntikan vaksin ini dan saya yang minta. Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof menggerakka Sukarelawan Program Agen Basmi Covid-19 (ABC-19). Disebabkan itu lebih banyak anggota kita turut ditugaskan untuk membantu,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, A Aida, 51, atau nama sebenarnya Zaidah Awang menjadi artis tempatan pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

Sebelum ini, pelakon dan anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin bersama suaminya Sirhan Wahab menerima suntikan vaksin Covid-19 buat kali kedua di Emirates Field Hospital, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Januari lalu.

UMIE AIDA SELAMAT TERIMA MENANTU PERTAMA: “ALHAMDULILLAH SYUKUR,…”

Leave a Reply