Di Mana Kau Menyorok Wahab?

Di Mana Kau Menyorok Wahab

Di Mana Kau Menyorok Wahab?

Selepas tujuh hari dipanggil, Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, masih belum tampil kepada pihak polis.

Setakat tengah hari tadi, Wahab masih gagal untuk tampil bagi membantu siasatan polis.

Beliau dikehendaki berhubung siasatan kes fitnah berhubung penularan rakaman video perbualan lucah membabitkan dirinya dan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Mohammad Agus Yusoff.



KPN, Razarudin Husain berkata, pihaknya menerusi JSJ Bukit Aman, menggunakan pelbagai cara dalam usaha mengesan Wahab.

“Sudah dipanggil untuk membantu siasatan”.

“Wahab masih belum tampil untuk membantu polis berhubung siasatan kes berkenaan”.

“Kita menggunakan pelbagai cara termasuk menghubunginya namun telefon bimbit miliknya dimatikan”.



“Tindakan polis mengesan Wahab melalui peguamnya juga menemui jalan buntu selepas lelaki berusia 33 tahun itu turut tidak menjawab panggilan”.

“Justeru saya meminta kepada Wahab untuk segera tampil untuk proses rakaman percakapan bagi membantu siasatan”.

“Sekaligus menyelesaikan kes berkenaan dalam kadar segera”.

“Maklumat dan keterangan daripada Wahab amat penting sekaligus dapat mengesahkan peranan Mr H dalam kes berkenaan,” jelas Razarudin.



Penulis tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada Wahab.

Apakah mungkin beliau kini sedang disembunyikan oleh pihak tertentu sebagaimana beberapa saksi penting kes di Mahakamh Pilihanraya disorokkan.

Atau mungkinkah Wahab kini berada dalam ketakutan kerana menyedari pendedahan dan pengakuan yang dilakukan kini sedang menghantui diri sendiri.

Walau apa pun keadaannya, Wahab perlu tampil untuk memberikan kerjasama dengan pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut dengan segera.



Di Mana Kau Menyorok Wahab?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading