Resepi Mudah & Sedap – Parpu Telur

Bahan – bahan:


Kacang parpu ( perlu diredam semalaman)
Telur (terpulang nak rebus atau pecah)
Santan
Serbuk kunyit sedikit
Garam
Serbuk perisa
Ubi kentang
Tomato (dibelah 4)
Bahan blend

Bawang besar
Bawang putih
Halia
Bahan tumis darat

Bawang besar dihiris
Bawang putih dihiris
Daun kari
Cabai kering dipotong dua
Cara – cara memasak:
Rebus kacang parpu yang sudah direndam semalam didalam periuk atau kuali.
Kemudian, tuang bahan blend dan serbuk kunyit. Jangan lupa untuk letakkan minyak sedikit.
Rebuskan sehingga parpu lembut.
Apabila sudah lembut, bolehlah letakkan ubi kentang.
Seterusnya, apabila ubi kentang sudah empuk, masukkan santan, telur, garam dan serbuk perisa. Kemudian, masukkan tomato.
Tumiskan bahan yang perlu ditumis darat tadi bersama dengan minyak sedikit. Apabila sudah garing, bolehlah dituang ke atas masak parpu kita tadi.
Pastikan kuah mendidih dahulu.
Tutup api dan siap!

bidadari.my

Leave a Reply