Resepi Bakso Ori Indonesia Kompom Sedap

Ada yg nak resepi bakso asli indonesia?

Kuah bakso

2 liter air
1/2 kg tulang lembu/ ayam rebus
1 labu bawang putih*
1 paket lada sulah biji *
5 biji bawang merah kecil*

Blender bahan * tumis hingga garing api slow ya jangan kuat sangat ( sampai garing nanti kuah tak sedap)

Perasakan kuah dgn garam dan aji, klo ada guna royko, saya guna chiken stok lagi sedapp
Dah garing masuk dalam kuah

Untuk bebola boleh beli brand ahmed, tapi tak bole remdam dalam kuah lama nanti dia kembang, lagi elok beli yg home made di kedai aceh, saya order dr rakan fb asli indonesia buat sendiri

Bahan lain hiris kobis putih, daun sup, nak lagi mantop kicap abc, dan sos abc, bawang goreng pon saya buat sendiri,

Untuk sambal cili pedas 1 pkt cili kampung kukus atau rebus, bland letak garam cuka sikit atau perah limau

Rebus mihun 1 paket, ori guna suhun ada yg suka mee maggie
Bakso asli indonesia tak pakai rempah, halia atau serai ya. nanti rasa lari

Selamat mencubašŸ˜˜


#mamalinafood
Credit : Nur Haslina Mhhr

Leave a Reply