Lima ditahan disyaki minta rasuah RM3,000

Lima ditahan disyaki minta rasuah RM3,000

Lima ditahan disyaki minta rasuah RM3,000
Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan lima orang awam kerana disyaki meminta rasuah berjumlah RM3,000.

Sumber SPRM berkata, kelima-lima lelaki berusia antara 24 hingga 30 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.

“Difahamkan, mereka menjadi orang tengah bagi menyelesaikan satu kes kesalahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk,” katanya.



Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.

Kelima-lima lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru jam 8.30 pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Lima ditahan disyaki minta rasuah RM3,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading