Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil 14 tahun untuk dialihkan – Pegawai PBB

Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil 14 tahun untuk dialihkan – Pegawai PBB

Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
KAAK-KANAK Palestin di runtuhan rumah yang dibom oleh tentera Israel di Rafah, Gaza. FOTO AFP

Ankara: Runtuhan batu dan konkrit yang ditinggalkan kesan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza mungkin memakan masa 14 tahun untuk dialihkan, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.

Pehr Lodhammar, seorang pegawai daripada Perkhidmatan Tindakan Periuk Api PBB (UNMAS) memberitahu satu taklimat di Geneva bahawa serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut Pejabat Media di Gaza, serangan Israel memusnahkan sebanyak 70,000 kediaman dan merosakkan 290,000 yang lain mengakibat rumah berkenaan tidak boleh diduduki. Antara yang terjejas akibat serangan itu termasuk bangunan kerajaan, hospital, sekolah, masjid, gereja dan tempat bersejarah.



Israel telah menyerang Gaza sejak 7 Oktober lalu dan membunuh lebih daripada 34,000 penduduk Palestin. Serangan rejim Israel itu mengakibatkan kebanyakan daripada 2.3 juta populasi di wilayah itu hilang tempat tinggal, kelaparan dan berisiko dijangkiti penyakit.

Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil 14 tahun untuk dialihkan – Pegawai PBB

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading