RM13.17 juta wang MBI (Kedah) dirembat siapa?

 

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor semalam mendedahkan sejumlah RM13.17 juta wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah dipindahkan ke Barclays Bank pada 2014.

Bagaimanapun Sanusi tidak mendedahkan siapa yang memindahkan wang tersebut ke akaun di luar negara.

Merujuk kepada carian di laman sesawang, Mukhriz Mahathir telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada 6 Mei 2013 sehingga 3 Februari 2016.

 

Senarai Menteri Besar Kedah

 

Mukhriz meletakkan jawatan Menteri Besar Kedah pada 3 Februari 2016.

Beliau kemudian digantikan oleh Ahmad Bashah Md Hanipah pada 4 Februari 2016 sehingga 10 Mei 2018.

Pada 11 Mei 2018, Mukhriz sekali lagi dilantik menjadi Menteri Besar Kedah dan meletakkan jawatan pada 17 Mei 2020.

“Terdapat empat slip bank, yang pertama sebanyak RM3.29 juta, slip bank kedua RM3.31 juta dan ketiga RM3.30 juta, manakala slip terakhir RM3.27 juta,” – Sanusi

rujukan – https://www.msn.com/en-my/news/berita/sanusi-dedah-tiga-dokumen-pemindahan-wang-mbi-kedah/ar-AAOJuf0

Bagaimanapun Sanusi tidak mendedahkan butiran lanjut transaksi tersebut kerana khuatir akan mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Beliau turut menjelaskan laporan telah dibuat kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mukhriz sebelum ini telah mencabar Sanusi membuat laporan Polis dan SPRM untuk menyiasat perkara tersebut. 

Walau hanya sekitar RM13.17 juta, ia merupakan jumlah yang agak besar untuk sebuah negeri seperti Kedah bagi digunakan untuk keperluan rakyat negeri.

SPRM wajib siasat pendedahan MB Kedah

 

 

 

 

Leave a Reply