PAS amal politik ‘Bohjan’, parti lain kena ikut perintah

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man

Terkesan dengan kenyataan Presiden UMNO dalam satu temubual, PAS kini cuba mempengaruhi PN dan MN untuk menumpukan kerusi milik pembangkang pada PRU15.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan permintaan PAS dalam satu kenyataannya di Dungun. Beliau dipercayai mengeluarkan kenyataan berikutan pertanyaan Zahid yang mempersoalkan kewujudan Muafakat Nasional (MN).

“Daripada kita bertembung pada kerusi yang kita telah menang, baik kita fokus pada kerusi yang kita tak menang dan masih di tangan PH (Pakatan Harapan) supaya kita elakkan pertembungan sesama kita dan menambah jumlah kerusi yang boleh kita menangi dalam PRU15,”



“Kita akan pastikan seluruh penyokong dan jentera Pas memberi sokongan kepada calon daripada parti penyandang. Kalau kerusi itu disandang Bersatu tetapi kalau UMNO masuk (bertanding), PAS tidak akan menyokong UMNO. Begitu juga kalau kerusi itu UMNO punya, kalau Bersatu masuk maka PAS tidak akan sokong Bersatu. Kita hendak elak pertembungan tiga penjuru. Itu asas kita,” katanya lagi.

Jelas sekali permainan politik PAS yang mahu kedua-dua pihak (PN &MN) akur dengan perintah mereka.

Dalam masa sama PAS meraih keuntungan buat parti sendiri kerana kerusi mereka tidak akan diganggu oleh kedua-dua parti.

Cara politik tidak ubah umpama ‘Bohjan’ yang mahu semua teman wanita mengikuti kehendak mereka atau akan ditinggalkan kini menjadi ‘kunci utama’ PAS.



Benarkah dakwaan selama ini PAS hanya mahu ‘ambil kesempatan’ dari perselisihan ideologi dua parti demi kepentingan sendiri?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button