Norhizam: saya yakin ada parti yang mahukan saya jadi calon

Norhizam Hassan Baktee

Datuk Norhizam Hassan Baktee yakin ada parti yang akan menjadikan beliau sebagai calon mereka bagi menghadapi PRN Melaka.

Norhizam, bertanding atas tiket DAP mengambil keputusan meninggalkan parti selepas Pakatan Harapan tumbang di peringkat nasional.

Difahamkan beliau ada bertemu dengan Tun Mahathir selepas Dun Melaka dibubarkan dan spekulasi beliau akan menjadi calon PEJUANG mula tersebar.


“saya yakin…saya yakin..saya akan dipilih semula kalau kita mempunyai trademark dan record dan kita mempunyai kewibawaan seorang wakil rakyat”

“kalau esok pilihanraya, kita dah bersedia sebab kita dah turun padang setiap hari” – Norhizam.

Bagaimanapun beliau tidak menamakan parti mana yang akan memilih beliau sebagai calon. 

“buat ketika ini, kita nak selesaikan masalah politik Melaka..tapi kalau ada yang meminati saya yang nak melamar saya, parti mana pun saya tak kisah”

Mengikut rekod PRU14, Norhizam memenangi kerusi Pengkalan Batu dengan majoriti 2,756 menewaskan calon BN dan Gagasan Sejahtera.

 



rekod pru14 Pengkalan Batu

Beliau yang dikenali sebagai ‘YB Viral’ berikutan imej kasar bila bercakap di dalam Dewan, mengakui masih mempunyai hubungan baik dengan pimpinan DAP Melaka.

Mungkin PRN Melaka akan membuka lembaran baru karier politik Norhizam dan tidak mustahil bagi mengekalkan kerusinya, beliau akan menyertai AMANAH atau PPBM selain PEJUANG.

Akan menjadi sejarah Melaka sekiranya Norhizam memilih PAS sebagai platform baru beliau untuk dijadikan calon PRN Melaka.

“Idris tidak semestinya Ketua Menteri Melaka” – Norhizam



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button