Kes Hadi keluar kenyataan hasutan, polis tunggu arahan timbalan pendakwa raya

Kes Hadi keluar kenyataan hasutan, polis tunggu arahan timbalan pendakwa raya

Kes Hadi keluar kenyataan hasutan, polis tunggu arahan timbalan pendakwa raya
Abdul Hadi ketika hadir ke IPS Sentul untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes ucapan berbaur hasutan. – BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu arahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan kes Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, ini kerana siasatan dilakukan pihaknya mengenainya sudah dilengkapkan dan kertas siasatan kes juga sudah dimajukan untuk perhatian pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Kertas siasatan sudah dikemukakan ke pejabat TPR tahun lalu dan kita masih menunggu arahan lanjut,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.



Pada 5 Disember lalu, Abdul Hadi tiba hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Abdul Hadi sebelum ini mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa, selain turut menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu ‘tidak bermoral’.

Beliau menggunakan analogi bola sepak untuk mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil ‘tiba-tiba memberi masa tambahan’ bagi memberi peluang kepada pasukan kalah’ untuk menang dengan apa cara sekalipun’.

Komen beliau yang dipetik daripada kolum ditulis dalam portal berita PAS, Harakahdaily, ditafsirkan sebagai merujuk gesaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.



Umum rehat politik, Azmin takut kalah

Kes Hadi keluar kenyataan hasutan, polis tunggu arahan timbalan pendakwa raya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading