5 ‘doktor’ tukang bancuh jus dadah antara 12 ditahan

5 ‘doktor’ tukang bancuh jus dadah antara 12 ditahan

5 'doktor' tukang bancuh jus dadah antara 12 ditahan
Azmi menunjukkan dadah dibancuh dalam minuman yang dirampas dalam beberapa serbuan di sekitar Kuala Lumpur. NSTP/Raja Noraina Raja Rahim

KUALA LUMPUR: Lima pembancuh jus dadah atau digelar ‘doktor’ ditahan dalam 10 serbuan berasingan membanteras penyalahgunaan dadah oleh Polis Kuala Lumpur dan Bukit Aman, sejak 7 Februari hingga 9 Februari lalu.

Serbuan dilaksanakan oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur dengan kerjasama JSJN Bukit Aman, terhadap tiga sindiket dadah yang disyaki aktif sejak enam bulan lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata ketiga-tiga sindiket dadah itu didalangi warga tempatan dan bergerak aktif di sekitar Kuala Lumpur dengan menyasarkan pengunjung pusat hiburan sebagai pembeli dadah jenis minuman berjus yang dicampurkan dengan serbuk dadah ketamin.



“Operasi pertama pada 7 Februari membabitkan lima serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, dan menahan enam lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 39 tahun.

“Operasi pertama ini membawa kepada rampasan dadah Ketamin seberat 21 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM1.2 juta dan syabu seberat dua kg bernilai kira-kira RM72,000.

“Susulan itu, Polis Kuala Lumpur menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita membabitkan seorang wanita tempatan dan seorang wanita warga Thailand yang berperanan sebagai ‘doktor’ atau pembancuh jus dadah, sehari kemudian,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Azmi berkata, kelima-lima pakar pembancuh ditahan dalam empat serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur susulan siasatan awal operasi pertama.



“Siasatan mendapati kesemua `doktor’ ini turut berperanan menjual minuman jus yang sudah bercampur dadah dengan harga antara RM280 hingga RM300 sebotol.

“Atas maklumat yang dikumpulkan, polis kemudian melakukan operasi ketiga di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang dikesan memiliki satu kg dadah ketamin bernilai RM55,000,” katanya.

Beliau berkata secara keseluruhan dadah yang dirampas dalam ialah 22 kg dadah ketamin, 2 kg dadah syabu, 248 botol cecair dadah ketamin, 2.6 kg serbuk ketamin, 200 biji pil eramin five dan 49 batang rokok mengandungi mushroom sintetik.

“Semua rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM1.6 juta selain sitaan 10 kereta dan sebuah motosikal bernilai RM515,000, barang kemas, jam tangan dan wang tunai,” katanya.



Katanya, Polis Kuala Lumpur percaya semua bekalan dadah itu yang mampu menampung penggunaan seramai 253,000 orang diperoleh daripada pembekal di sekitar Lembah Klang.

 

Lelaki Masak Ayam Guna Mesin Pembancuh Kopi Di Hotel



5 ‘doktor’ tukang bancuh jus dadah antara 12 ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading