Berebut wanita disyaki motif lelaki dibunuh rakan

Berebut wanita disyaki motif lelaki dibunuh rakan

Berebut wanita disyaki motif lelaki dibunuh rakan
Laporan BH Online semalam mengenai penemuan mayat lelaki dalam tasik belakang Masjid Haji Fisabilillah di Cyberjaya.

PUTRAJAYA: Tiga warga India ditahan polis berhubung penemuan mayat seorang lelaki dalam tasik belakang Masjid Haji Fisabilillah di Cyberjaya kelmarin, dengan motif kejadian dipercayai berebut wanita.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff, berkata tiga lelaki berusia 23 hingga 52 tahun itu bekerja di pusat cuci kereta di Kampung Sri Aman, Puchong, ditahan di tempat berasingan, semalam

Katanya, dua suspek pertama, masing-masing berusia 23 dan 41 tahun ditahan pada jam 8 malam tadi di Kampung Sri Aman.



Anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sepang dan Unit Forensik Bukit Aman kemudian mengesan sebilah parang berhulu hitam di kandang lembu bawah jambatan lebuh raya lingkaran Putrajaya-Cyberjaya, kira-kira jam 12.05 tengah malam berkenaan.

“Suspek ketiga berusia 52 tahun pula ditahan jam 2.30 pagi tadi di Taman Puchong Prima. Polis turut merampas sehelai seluar warna hijau dan baju lengan panjang yang mempunyai kesan darah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Kamarul berkata, dalam serbuan ke lokasi pertama di Kampung Sri Aman yang membawa kepada penahanan dua suspek awal, polis merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :



“Hasil soal siasat awal, lelaki berusia 23 tahun mengaku membunuh si mati, namun suspek kedua berusia 41 tahun tidak mengaku terlibat dalam kes itu. Suspek pertama dan ketiga tinggal di rumah sama, manakala suspek kedua tinggal serumah dengan mangsa,” katanya.



Semalam, polis mengesahkan mayat lelaki ditemukan terapung di tasik belakang Masjid Haji Fisabilillah mati dibunuh dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Polis sebelum itu menerima laporan pada jam 10.15 malam daripada seorang individu yang memaklumkan melihat mayat terapung di belakang masjid berkenaan.

Gandingan Rafizi, Izzah bawa Revolusi ganti Reformasi



Berebut wanita disyaki motif lelaki dibunuh rakan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button