Rozman tak buat keputusan sendiri hasil mesyuarat LPL

Rozman tak buat keputusan sendiri hasil mesyuarat LPL

Rozman tak buat keputusan sendiri hasil mesyuarat LPL
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, tidak membuat keputusan secara berseorangan hasil mesyuarat lembaga pengarah Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL), sebaliknya ia diputuskan secara bersama.

Bekas Ahli Lembaga Pengarah LPL, Zulkurnain Ayub, 62, ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Rozman, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata beliau menghadiri secara keseluruhan 22 mesyuarat itu yang tidak pernah dipengerusikan oleh Rozman yang juga bekas Timbalan Pengerusi LPL.

Saksi pendakwaan ke-21 itu juga mengesahkan keperluan perbincangan meliputi segala aspek ketika mesyuarat lembaga pengarah LPL sebelum keputusan secara bersama dicapai.



Muhammad Rafique: Setuju dengan saya bahawa encik Zulkurnain menghadiri 20 mesyuarat lembaga pengarah LPN?

Zulkurnain: Tidak setuju, saya kira ada 22 mesyuarat.

Muhammad Rafique: Semua mesyuarat tidak dipengerusikan oleh Rozman, setuju?

Zulkurnain: Setuju.



Muhammad Rafique: Setuju bahawa keputusan dalam mesyuarat adalah secara bersama bukan keputusan individu, setuju?


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Zulkurnain: Keputusan lembaga pengarah.

Muhammad Rafique: Maksudnya semua (ahli lembaga pengarah) setuju?

Zulkurnain: Setuju.



Muhammad Rafique: Dalam keberadaan kamu dalam mesyuarat dihadiri Rozman, setuju dengan saya tiada keputusan daripada Rozman tetapi keputusan lembaga pengarah secara bersama?

Zulkurnain: Setuju.

Rozman, 58, didakwa sebagai pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi LPL menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan di Bilik Mesyuarat Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Putrajaya antara jam 2.30 hingga jam 5.30 petang, 21 Mac 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.



Terdahulu, Zulkurnain berkata, Rozman mencadangkan pelantikan syarikat LP Multi Terminal Sdn Bhd sebagai pengendali operator Terminal Pelabuhan Merdeka Wilayah Persekutuan Labuan ditangguhkan pada 2018.

Ia kerana wujud dakwaan implikasi politik kepada Rozman berikutan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diadakan pada Mei tahun sama.

Saksi itu juga mendakwa Rozman tidak mengisytiharkan bahawa bapa dan adiknya adalah pemegang saham dalam Port Management Sdn Bhd (LLPM) yang diberikan kebenaran sementara untuk mengendali operasi terminal terbabit.

Sementara itu, Zulkurnain dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Feisal Mohd Azmi, berkata Rozman tidak pernah memaklumkan ada kepentingan dalam LLPM sepanjang mesyuarat berkenaan.



Ahmad Feisal: Sepanjang tuan menghadiri mesyuarat, ada atau tidak sebelum, semasa dan selepas mesyuarat bahawa Rozman menyatakan kepentingan dalam LLPM?

Zulkurnain: Tidak pernah.

Ahmad Feisal: Dalam semua mesyuarat?

Zulkurnain: Tidak pernah.



Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung esok.

Saksi tak tahu Rozman ada kepentingan dalam LLPM

Rozman tak buat keputusan sendiri hasil mesyuarat LPL


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading