Janji yang sama, orang yang sama, nama berbeza

 

Ibarat janji yang sama, orang yang sama tetapi hanya nama berbeza, itulah Perikatan Nasional bagi kempen Pilihanraya Negeri Melaka (PRN Melaka).



Jika dulu nama Presiden PPBM ialah Muhyiddin Yassin kini nama telah ‘bertukar’ kepada Mahiaddin Yassin dan bergelar bekas Perdana Menteri Malaysia.

Kalau dulu Azmin Ali adalah Timbalan Presiden PKR, kini Azmin Ali adalah Ahli Majlis Tertinggi PPBM (lantikan) sebagai menghargai kejayaannya membawa 9 ahli parlimen PKR masuk PPBM.

Ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama-sama dalam Pakatan Harapan (PH), mereka terlibat dalam merangka manifesto yang telah banyak ‘mengencing’ rakyat.

Pemerintahan PH tidak bertahan lama dan kemudiannya digantikan dengan Perikatan Nasional.



Bagaimanapun, PN tetap membawa imej PH apabila sebahagian besar pemimpin PN merupakan bekas pemimpin di dalam PH yang telah lari dan melompat dari parti masing-masing untuk menyertai PPBM.

Kini mereka (PPBM) telah mempunyai gabungan terdiri daripada PAS, Gerakan, STARSABAH dan SAPP dibawah satu gabungan dinamakan Perikatan Nasional.

 



Namun begitu, manifesto Perikatan Nasional masih ada tinggalan Pakatan Harapan.

Kempen PRN Melaka, Perikatan Nasional masih menggunakan tinggalan manifesto PH sebagai tawaran kepada pengundi Melaka. 

Pastinya pengundi Melaka masih ingat bagaimana mereka telah terpedaya dengan manifesto PH semasa PRU14 dan kini PN dengan wajah baru cuba membawa memori pahit kembali ke Melaka.

PRN Melaka; Duyong kembali ke BN jika letak orang muda sebagai calon



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button